Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tips kesihatan

Air Beralkali? Apa Bezanya Dengan Air Biasa?

Ada yang rasanya sedap, ada pula yang payau.
Editor
30 Sep 2019, 06:00 AM

air beralkali? apa bezanya dengan air biasa?

Kredit: Shutterstock

Setiap hari kita perlukan air agar badan sentiasa sihat untuk meneruskan hidup. Bukan sahaja untuk melakukan kerja-kerja harian tetapi untuk pastikan organ dalaman badan dapat berfungsi dengan baik.

Dalam keadaan normal, sebanyak 3 liter air akan hilang daripada badan seseorang dalam satu hari! Oleh itu, kita sering dinasihatkan supaya minum air yang banyak, iaitu lebih kurang 3 liter (atau 10 cawan) setiap hari bagi menggantikan air yang telah dikumuhkan. Pada masa yang sama, kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair di dalam badan.

Ada banyak sumber air yang boleh diperolehi dan selalu kita dengar. Antaranya air sungai, air laut dan air dalam tanah. Air-air ini seterusnya akan melalui proses tertentu sebelum selamat digunakan oleh pengguna dalam bentuk air paip, air osmosis berbalik, air alkali, air mineral, air minuman dan air masak.

Menariknya, air minuman itu sendiri boleh memberikan nilai pH berbeza bergantung kepada sumber dan proses sulingannya.

5 jenis air ni misalnya, nampak sama tetapi ada perbezaan setiap satunya. Agak-agak andalah, apa perbezaan yang paling ketara ya?

#1 Air Mineral

Sumbernya daripada strata kandungan air bawah tanah sebelum dirawat dengan kaedah tertentu agar kandungan mineral dan air itu tidak terjejas serta benar-benar selamat untuk diminum. Air ini mengandungi mineral seperti zat besi, kalsium dan magnesium dan bahan terlarut yang mengubah sedikit rasa air menjadi lebih sedap.

#2 Air Minuman Osmosis Berbalik (RO)

Semua air selamat seperti dari sistem bekalan air awam, air paip, air mata air, telaga, kolam, tasik dan sungai akan melalui proses osmosis berbalik untuk menjadikannya selamat diminum. Melalui kaedah ini, mineral dan bahan kimia tertentu atau berbahaya boleh dikeluarkan. Proses ini juga bertujuan menghilangkan bau, rasa, kandungan organik dan klorin.

#3 Air Paip

Secara umumnya, air paip di Malaysia mengandungi mineral seperti garam kalsium dan bahan kimia seperti nitrat dan florida yang selamat jika diambil pada kadar optimum. Tetapi sebaiknya air paip tidak diminum terus tanpa ditapis atau dimasak kerana berkemungkinan berlaku pencemaran pada saluran paip.

#4 Air Masak

Juga dipanggil air mati. Air ini bebas bakteria dan kuman. Kehadiran haba akan menyejat keluar komponen yang tidak stabil dan gas-gas yang terlarut di dalam air menjadikannya lebih selamat diminum berbanding diminum terus dari paip.

#5 Air Alkali

Perbezaan paling ketara ialah pada kadar pHnya. Air minuman kebiasaannya berada pada pH neutral iaitu 7 tetapi air beralkali mempunyai pH antara 8 hingga 14. Air beralkali kebiasaanya mempunyai mineral tambahan seperti magnesium, potassium, bikarbonat dan kalsium membuatkan rasanya lebih sedap berbanding air biasa.

Apa jua pilihan anda, pastikan anda minum air secukupnya untuk menggantikan air yang hilang daripada badan melalui perkumuhan.

Untuk anda yang ingin menggunakan air beralkali sebagai minuman harian, anda boleh mendapatkannya daripada Alkaline Ionizer Panasonic yang bukan sahaja memberikan anda air alkali berion, air tapis dan air yang mengandungi asid lemah tetapi jenama ini telah diperakui halal!

Air yang dihasilkan oleh Alkaline Ionizer Panasonic dilengkapi kaedah penulenan air yang sama sebelum air itu melalui fasa elektrolisis menggunakan ion positif dan negatif untuk menghasilkan air beralkali terion dan air berasid terion.

air beralkali? apa bezanya dengan air biasa?

Kredit: Panasonic

Alkaline Ionizer Panasonic bukan sahaja memberi anda pilihan untuk memilih kadar pH air alkali iaitu pH 8.5, pH 9.0, pH 9.5 dan pH 10.0, anda boleh memilih untuk minum air tapis atau air yang bersifat asid lemah dengan pH 5.5 dan pH 3.0 yang bersih dan selamat daripada bakteria dan bahan kimia berbahaya.

Anda boleh menggunakan air ini bukan sahaja untuk minum, tetapi untuk kerja-kerja mencuci dan memasak. Kadar pHnya juga boleh dilaras mengikut kesesuaian. Untuk info lanjut tentang produk ini, klik je di sini.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.