Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Bintik Hitam Susah Nak Hilang? Cuba 4 Tips Ini, Memang Terbukti…

Tak perlu risau nak keluar rumah waktu siang!
Izza Yatim
13 Jun 2023, 03:46 PM

Artikel ini ditaja oleh Eucerin Malaysia

eucerin spotless brightening serum hapus bintik hitamKredit: Freepik; Edit: SINAR

Bintik hitam atau hiperpigmentasi tak sama dengan blackhead. Blackhead disebabkan oleh liang pori tersumbat dan boleh diatasi dengan mencuci muka dengan cara yang betul, scrub atau pengelupasan kimia.

Hiperpigmentasi atau dark spot pula disebabkan oleh penghasilan melanin berlebihan yang berpunca daripada pendedahan kepada sinar matahari, perubahan hormon dan kesan penuaan. Bukan je di wajah, tetapi hiperpigmentasi berbagai saiz dan bentuk ni boleh terjadi di mana-mana bahagian tubuh yang terdedah pada matahari seperti di muka, bahu, siku dan belakang tapak tangan.

Untuk anda yang berhadapan masalah hiperpigmentasi, anda tidak keseorangan, masalah ini antara yang sering terjadi dan ianya boleh diatasi.

Jom atasi bintik hitam dengan tips ini!

Walaupun bintik hitam ni tak jejaskan kesihatan, tetapi kalau ada di badan boleh sebabkan kita kurang keyakinan. Betul tak? Kalau anda nak atasi masalah ni, ni antara cara yang boleh dilakukan:

#1 Kaedah tradisional 

Antara yang boleh digunakan termasuklah aloe vera, susu dan madu. Aloe vera mengandungi aloesin dan aloin yang dipercayai boleh membantu mengurangkan kesan matahari dan hiperpigmentasi.

Susu pula tinggi dengan kandungan asid laktik yang sering digunakan untuk merawat bintik hitam, manakala madu tinggi dengan antioksida dan telah digunakan untuk merawat masalah kulit sejak zaman-berzaman.

#2 Penggunaan vitamin 

Anda juga boleh ambil vitamin seperti vitamin C dan E. Vitamin C adalah antioksidan semulajadi yang baik untuk kulit. Kandungan asid askorbiknya melindungi kulit daripada sinar ultra ungu dan meningkatkan penghasilan kolagen.

Pengambilan makanan yang tinggi vitamin E juga membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat matahari dan menjaga kesihatan kulit.

#3 Rawatan profesional 

Kaedah lain yang boleh dilakukan adalah dengan mendapatkan khidmat perawat prefesional termasuklah penggunaan laser, Intense Pulse Light (ILP), cryotherapy, pengelupasan kimia dan microdemabrasion.

Rawatan laser dan ILP mungkin sekejap tetapi proses ini perlu dilakukan beberapa kali dan mengambil masa beberapa hari untuk pulih.

Cryotherapy menggunakan cecair nitrogen dalam rawatan untuk menghapuskan bintik hitam, kaedah pengelupasan kimia pula menggunakan cecair berasid pada kawasan terlibat, manakala rawatan microdermabrasion pula mengambil masa lebih lama dan kesannya hanya sementara.  

#4 Gunakan Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 

 

eucerin spotless brightening booster serum

Kredit: Eucerin

Nak atasi masalah bintik hitam tanpa menggunakan laser? Anda boleh gunakan Eucerin Spotless Brightening Booster Serum yang terbukti secara klinikal menghapuskan 75 peratus bintik hitam pada puncanya termasuk bintik hitam degil tanpa rawatan laser dengan kesan seawal dua minggu.

 

Serum ni diperkaya dengan kuasa bahan aktif Thiamidol yang dipatenkan dan Sistem Pro-Brightening.

 

Thiamidol bukan sahaja lembut terhadap kulit wajah tetapi ianya boleh menaikkan seri wajah sebanyak 10x ganda, mampu menghalang pengeluaran melanin pada sumbernya dan mengekang berlakunya hiperpigmentasi.

 

Sistem Pro-Brightening pula berkesan meningkatkan tahap perlindungan daripada kerosakan sel kulit dan mengekang kemunculan semula bintik hitam.

 

 

Kandungan Panthenol, Hyaluronic Acid dan Glycerin yang terdapat pada Eucerin Spotless Brightening Booster Serum berfungsi menghidratkan kulit dengan mendalam, mencerahkan wajah, membantu membina semula kulit rosak dan meningkatkan pengeluaran kolagen untuk kulit yang lebih sihat. Yang bagusnya, serum ni tidak melekit, tidak berminyak dan cepat menyerap ke dalam kulit.

 

Cubalah Eucerin Spotless Brightening Booster Serum! 

eucerin spotless brightening booster serum

Kredit: Eucerin

 

Bukan je masalah bintik hitam dapat diatasi tetapi kulit anda pun semakin cerah berseri dengan Eucerin Spotless Brightening Booster Serum yang diformulasi dengan teknologi Jerman lebih daripada 100 tahun bersama pakar kulit asia.

 

Dapatkan sekarang di Shopee serta kedai farmasi berhampiran anda!

 

Info lanjut, layari laman web Eucerin Malaysia.

 

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.