Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Tip Beli Baju Raya Anak-Anak, Barulah Nampak Glamour Di Hari Raya!

Bolehlah rancang nak beli berapa helai baju kasual untuk anak-anak.
Editor
17 May 2019, 03:33 PM

tip beli baju raya anak-anak, barulah nampak glamour di hari raya!

Kredit: Shutterstock

Bila tiba hari raya, sudah tentu anak-anaklah yang paling teruja. Bukan je dapat bermain dengan sepupu sepapat, dapat pula duit raya dan yang paling seronok dapat bergaya dengan baju baru.

Dan sebagai ibu bapa, sudah tentu kita hendak berikan yang terbaik untuk mereka termasuklah dalam hal membelikan pakaian raya. Siapa yang tak suka anak nampak cantik dan glamour, kan? Untuk anda yang masih tercari-cari baju raya untuk anak-anak, jom ikut tip ini agar mereka tampil glamour di hari raya nanti. 

#1 Fabrik Sesuai

tip beli baju raya anak-anak, barulah nampak glamour di hari raya!

Kredit: Kiko and Baby Kiko

Dah nama pun kanak-kanak, sememangnya lasak dan tidak duduk diam. Baju mereka pun mudah kotor. Sebab tu penting untuk belikan mereka pakaian yang tahan lasak, serap peluh, tidak panas, mudah dicuci dan tidak mudah luntur.

#2 Selesa Dan Mudah Bergerak

tip beli baju raya anak-anak, barulah nampak glamour di hari raya!

Kredit: Kiko and Baby Kiko

Yang ni antara kriteria penting, iyalah jika mereka selesa barulah mood akan baik untuk beraya. Tidak perlu hiasan tambahan atau aksesori yang terlalu berat atau yang mudah tertanggal dan perlu dibetulkan berulang kali.

#3 Kena Dengan Citarasa Anak-Anak

tip beli baju raya anak-anak, barulah nampak glamour di hari raya!

Kredit: Kiko and Baby Kiko

Ha, bukan je makanan kena ikut selera, pemilihan baju pun kenalah ikut citarasa terutamanya untuk anak-anak berusia 2 tahun ke atas yang dah semakin bijak memilih baju yang mereka suka. Benarkan anak anda memilih baju yang mereka sukai dan berikan pandangan anda tentang warna, rekaan dan corak pilihan mereka.

#4 Usah Terlalu Ketat Dan Tidak Terlalu Longgar

Jika beli terlalu ketat atau muat-muat badan, risau anak kurang selesa dan baju yang dibeli tidak dapat pakai lama. Jika terlalu longgar pula susah untuk bergerak. Sebaiknya belilah satu ukuran lebih besar daripada saiz badan, kanak-kanak kan cepat je membesar.  

#5 Sesuai Ke Tak?

tip beli baju raya anak-anak, barulah nampak glamour di hari raya!

Kredit: Kiko and Baby Kiko

Ambil kira lokasi tempat raya. Jika kebanyakan tempatnya berpenghawa dingin, bolehlah anda pilih material dan rekaan yang sedikit ‘berat’ tetapi jika tidak, baju longgar daripada material kapas adalah yang sebaiknya.

#6 Mix & Match

tip beli baju raya anak-anak, barulah nampak glamour di hari raya!

Kredit: Kiko and Baby Kiko

Baju dah cantik, kalau tak pandai mix & match pun tak jadi. Bolehlah buka majalah fesyen kanak-kanak atau lihat gaya anak-anak selebriti berfesyen untuk cari inspirasi padanan sesuai. 

#7 Ikut Bajet

Hari raya ni duit yang keluar ‘macam air’. Banyak keperluan nak dibeli, duit raya pun kenalah sedia. Itu belum masuk biskut dan bajet rumah terbuka. Tetapi tak bermakna anda tidak boleh cari pakaian glamour untuk anak-anak.

tip beli baju raya anak-anak, barulah nampak glamour di hari raya!

Apa kata anda segera ke The Kiko & Baby, Sunway Pyramid atau di mana-mana cawangan Kiko dan Baby Kiko terpilih dan rebut tawaran menarik jualan Glamour Raya serendah RM 69 untuk 3 helai pakaian. Tawaran ni sah selagi stok masih ada. Cepat! ‘Barang baik’, kalau lambat dah tentulah anda terlepas!

tip beli baju raya anak-anak, barulah nampak glamour di hari raya!

Bukan tu je, anda boleh dapatkan berbagai pakaian kanak-kanak yang trendy pada harga mampu milik.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.