Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Susah Nak Ajar Anak Kecil Berpuasa? Bolehlah Cuba Ikut Cara Ni...

Anda masih ingat tak, berapa umur anda ketika pertama kali berpuasa?
10 May 2019, 02:52 PM

susah nak ajar anak kecil berpuasa? bolehlah cuba ikut cara ni...

Kredit: Shutterstock

Sedangkan kita yang telah dewasa ini pun ‘bertarung’ dengan nafsu makan, rasa letih sepanjang hari, mengantuk dan mudah marah, apa lagi kanak-kanak yang baru belajar berpuasa, kan? Untuk anda yang nak melatih anak berpuasa tu, bolehlah ikut tip ni.

#1 Jangan Paksa

Untuk yang masih kecil seawal usia 5 tahun, kita mulakan dengan pujukan mesra dan ajak mereka berpuasa bersama-sama. Kejut sahur dengan lembut usah marah-marah supaya mereka anggap puasa ini bukanlah beban tetapi aktiviti yang menyeronokkan.

#2 Mulakan Secara Berperingkat

Setiap anak mempunyai kemampuan berbeza. Ada yang tiada masalah kalau tidak makan seharian, ada pula yang tidak boleh. Mulakan dengan beberapa jam puasa, dan jika berjaya perlahan-lahan panjangkan masa berpuasa. Hari ni 3 jam, esok pula puasa 4 jam dan seterusnya sehingga mereka berjaya puasa hingga petang. 

#3 Beri Galakan & Nasihat

susah nak ajar anak kecil berpuasa? bolehlah cuba ikut cara ni...

Kredit: Pexels

Terangkan kepada anak-anak mengapa mereka perlu berpuasa. Anda boleh kongsi video atau buku yang menceritakan tentang mereka yang kurang berkemampuan dan ceritakan bagaimana dengan berpuasa kita dapat rasai kesusahan orang lain.

#4 Berikan Penghargaan

Tidak salah menjanjikan hadiah kepada anak yang berjaya puasa penuh. Awalnya mereka berpuasa kerana merebut ganjaran, tetapi lama-kelamaan akan jadi kebiasaan. Ganjaran pula tidak perlu yang terlalu besar, cukuplah sekadar kemampuan. Antara barangan yang boleh anda berikan termasuklah wang ringgit, jam tangan, baju raya pilihan dengan watak kegemaran atau permainan kesukaan.

#5 Sediakan Juadah Kegemaran

susah nak ajar anak kecil berpuasa? bolehlah cuba ikut cara ni...

Kredit: Pexels

Setiap hari tanya kepada anak anda apa yang mereka nak makan ketika berbuka dan bersahur. Sebolehnya cuba penuhi permintaan mereka.

#6 Jadikan Momen Berpuasa Menyeronokkan

susah nak ajar anak kecil berpuasa? bolehlah cuba ikut cara ni...

Kredit; Pexels

Waktu berbuka dan bersahur ni boleh rapatkan hubungan anda dengan anak-anak.  Selain berpuasa, ajaklah anak-anak anda mengaji bersama-sama. Atau paling tidak pun baca buku, main bersama atau menonton rancangan TV kegemaran mereka.

Orang kata melentur buluh biarlah daripada rebungnya, dan sudah semestinya bukan sehari dua masa yang diambil untuk mengajar anak berpuasa ya. Bersabar dan sentiasa positif duhai para ibu dan ayah.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.