Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Senarai Harta Yang Kena Zakat, Jom Tengok Ada Tak Yang Anda Terlepas Pandang!

Kanak-kanak pun kena bayar zakat...
Izza Yatim
17 Apr 2023, 12:46 PM

Artikel ini ditaja oleh PPZ MAIWP

tunaikan zakat ppz

Kredit: master1305 & jcomp ; Edit: SINAR

Bila tiba je Ramadan, selain berpuasa dan bertarawih, zakat fitrah antara yang sering disebut-sebut. Iyalah, zakat ni setahun sekali je perlu dibayar untuk setiap individu. Bayarannya pula hanya beberapa ringgit, mengikut ketetapan negeri masing-masing.

Yang dah selesai zakat fitrah, jangan pula terlupa dengan zakat-zakat lain yang juga wajib untuk ditunaikan. Barulah harta disucikan dan pada masa sama dapat digunakan bagi membantu golongan asnaf, dapat mengurangkan jurang perbezaan taraf sosial dan demi pembangunan umat Islam.

Selain zakat fitrah, zakat apa lagi yang wajib dibayar? 

Hakikatnya zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Dalam kategori zakat harta, terdapat beberapa pecahan jenis zakat yang perlu difahami dan ditunaikan umat Islam yang cukup syarat-syarat wajib berzakat.

Ini senarai zakat yang perlu dilunaskan mereka yang cukup syarat.

Zakat fitrah

Zakat ni dibayar seawal Ramadan sehinggalah sebelum solat Aidilfitri. Zakat fitrah berbeza daripada zakat harta kerana ianya merupakan kewajipan atas setiap individu dan tidak bergantung kepada nisab atau haul.

Zakat harta 

Zakat ini boleh dibayar pada bila-bila masa mengikut ketetapan iaitu haul (genap setahun) dan diwajibkan bila harta seseorang individu telah mencapai jumlah tertentu.

Kadar zakat harta ianya 2.5% daripada jumlah harta dan wajib ditunaikan oleh mereka yang cukup syarat iaitu Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab, cukup haul dan harta yang berkembang.

Zakat harta terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu:

#1 Zakat pendapatan 

Zakat ini diwajibkan ke atas mana-mana harta yang diperolehi dari hasil usaha, contohnya seperti gaji bulanan, upah kerja, elaun, bonus, dan lain-lain.

#2 Zakat perniagaan

Zakat perniagaan merujuk kepada hasil yang diperoleh dari harta perniagaan sama ada perniagaan yang melibatkan barangan atau perkhidmatan dan ianya wajib dikeluarkan.

#3 Zakat wang simpanan

Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan diwajibkan zakat sekiranya memenuhi syarat-syaratnya.

#4 Zakat saham

Saham adalah satu bentuk aset kewangan yang baharu yang tidak wujud pada zaman dahulu. Memiliki dan berurusniaga dengan saham dibenarkan asalkan ianya terhindar daripada aktiviti haram seperti riba, gharar, judi dan arak.

Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham.

#5 Zakat KWSP

Wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga diwajibkan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan. Cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa, jadi ianya tidak “sempurna milik” selagi ianya tidak dikeluarkan.

Jadi kalau anda dah keluarkan simpanan KWSP tu, wajiblah bayar zakat!  

#6 Zakat emas 

Emas adalah simbol kekayaan harta yang berharga dan mampu berkembang. Pada masa dahulu emas diguna sebagai wang dalam urusan jual beli tetapi kini ianya boleh didapati dalam bentuk jongkong dan kepingan emas serta barangan perhiasan wanita. 

Zakat yang dikenakan ke atas emas termasuklah yang berbentuk emas perhiasan dipakai (tertakluk kepada kadar uruf 800g), emas yang disimpan dan juga emas pelaburan.

#7 Zakat perak 

Perak merupakan logam yang masih berharga dan berguna. Walaupun kegunaan perak pada zaman moden telah berubah, namun ianya masih kekal sebagai jenis simpanan yang bernilai. Zakat yang dikenakan ke atas perak termasuklah yang berbentuk syiling perak, jongkong perak, perkakasan perak, barang perhiasan perak, barang kemas perak, dan sebagainya.

#8 Zakat pertanian 

Tanah yang subur serta mampu menghasilkan pelbagai tanaman yang bernilai juga boleh dianggap sebagai harta. Oleh itu mereka yang memenuhi syarat hendaklah mengeluarkan sebahagian zakat yang dikenakan ke atas hasil tanam-tanaman mereka.

Anda dah bayar ke zakat tahun ni? Yang belum bayar zakat fitrah tu, tinggal beberapa hari je lagi Ramadan nak berlalu pergi. Jangan tunggu hingga saat terakhir.

Yang belum bayar zakat harta pula, Ramadan ini bulan terbaik untuk laksanakan kewajipan. Bukankah ganjaran yang diperolehi adalah berganda-ganda jika kita lakukan kebaikan di bulan ini?

Di mana nak bayar zakat? 

Kalau ada berada di sekitar Wilayah Persekutuan seperti di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, anda bolehlah bayar zakat di PPZ-MAIWP. Nak bayar zakat fitrah, zakat harta atau wakaf pun boleh. Semua agihan adalah di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

kempen ramadan anugerah terindah

Kredit: PPZ

Dan sempena Ramadan ni PPZ menganjurkan kempen Ramadan Anugerah Terindah mulai sekarang hingga 30 Ramadan ni. Untuk setiap zakat yang dikeluarkan, anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah pakej umrah, set solat eksklusif, al-quran tagging, jam buruj, rehal, telekung dan sejadah eksklusif.

Apa tunggu lagi? Jom laksanakan zakat hari ini! Layari laman web PPZ.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.