Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Nak Beli Rumah Baharu? Jangan Lupa Periksa Perkara-Perkara Ini Pada Dinding Rumah!

Tiada siapa pun nak rumah yang ada kulat!
Editor
17 Dec 2019, 04:21 PM

nak beli rumah baharu? jangan lupa periksa perkara-perkara ini pada dinding rumah!

Kredit: Shutterstock 

Sama ada anda merancang membeli rumah untuk menetap atau disewakan, paling penting kenalah pastikan rumah itu dalam keadaan terbaik. Iyalah, bukan sikit-sikit duit yang dikeluarkan dan sudah tentu anda tidak mahu mengeluarkan wang tambahan atau membuang masa cuba menyelesaikan masalah yang anda mungkin telah jangka sejak awal!

Antara langkah penting yang anda perlu lakukan ialah memeriksa dinding luaran dan dalaman yang menjadi kayu ukur tanggapan tetamu dan sekiranya anda telah berkahwin, sudah tentu masalah ini mempengaruhi mood pasangan anda. Anda kenalah pastikan mood pasangan baik-baik je bila berada di rumah! 😉

Pastikan rumah anda bebas daripada 5 perkara ini:

#1 Kesan kulat

nak beli rumah baharu? jangan lupa periksa perkara-perkara ini pada dinding rumah!

Kredit: Shutterstock

Perhatikan kesan kulat pada dinding terutamanya yang terlindung di bawah atap atau berhampiran pokok. Walaupun kesan kulit adalah kecil tetapi boleh menyebabkan alergi dan masalah kesihatan kepada anda dan ahli keluarga.

#2 Cari kesan air pada dinding

nak beli rumah baharu? jangan lupa periksa perkara-perkara ini pada dinding rumah!

Kredit: Shutterstock

Kesan air pada dinding kebiasaannya disebabkan oleh kebocoran atap, paip pembekal air rosak dan kondensasi dalam saluran air. Selain itu kelembapan dari permukaan yang masih basah ketika mula mengecat boleh menyebabkan masalah ini. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli rumah, periksa kemungkin kerosakan ini terlebih dahulu. Anda kena bertindak pantas sebelum masalah bertambah besar. Jika kesan air pada dinding ini bertambah parah, sudah pasti lebih banyak wang perlu dikeluarkan

#3 Rekahan dan retakan   

nak beli rumah baharu? jangan lupa periksa perkara-perkara ini pada dinding rumah!

Kredit: Shutterstock

Kesan rekahan pada dinding adalah petanda gempa bumi? Bukan ya!

Antara rekahan biasa yang ditemui pada dinding adalah yang tidak melibatkan struktur dan dipanggil ‘retakan halus’. Retakan jenis ini boleh ditemui di sekitar tingkap dan pintu. Retakan halus terjadi apabila bahan (cat dan plaster) dinding mengecut dan mengembang disebabkan perubahan suhu.

#4 Cat terkelupas

nak beli rumah baharu? jangan lupa periksa perkara-perkara ini pada dinding rumah!

Kredit: Shutterstock

Punca masalah ini kebiasaannya disebabkan tiada persediaan rapi pada permukaan dinding sebelum memulakan kerja-kerja mengecat. Selain itu masalah ini disebabkan oleh penggunaan cat kurang berkualiti pada dinding. Sebab itulah penting untuk anda membuat kajian tentang cat sebelum membelinya.

Bolehlah mula cari cat terbaik untuk rumah anda.

Jika semuanya dalam keadaan baik dan anda telah menemui rumah paling sesuai untuk didiami, pastikan anda memilih cat yang betul pada dinding rumah. Pilihlah cat berkualiti tinggi seperti Nippon Paint Weatherbond yang diformulasi untuk memberi perlindungan terhadap hujan, matahari dan bertindak melindungi dinding luar rumah daripada kulat. Rangkaian cat ini boleh melindungi dinding luar rumah anda daripada cuaca Malaysia yang tidak menentu yang menyebabkan pertumbuhan kulat serta cat mengelupas.

nak beli rumah baharu? jangan lupa periksa perkara-perkara ini pada dinding rumah!

Kredit: Nippon Paint Malaysia

Paling menarik, dengan setiap pembelian Nippon Paint’s Weatherbond anda dapat waranti perlindungan selama 7 tahun* untuk dinding luar! Memang berbaloi!

Inilah masanya untuk anda lindungi rumah dengan Nippon Paint Weatherbond dan dapatkan waranti percuma! Klik di sini info lanjut.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.