Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Mana Lebih Baik? Melabur Ke atau Simpan Je Duit Yang Ada?

Pilihan di tangan anda!
Editor
09 Dec 2019, 10:46 AM

mana lebih baik? melabur ke atau simpan je duit yang ada?

Kredit: Shutterstock

Pantang ada lebihan duit, mesti ada je benda yang nak dibeli. Tetapi jika anda seorang yang beringat, sudah tentu anda akan menyimpan sebahagian daripada wang yang ada sebagai persediaan waktu kecemasan atau melabur untuk masa depan.

Tetapi, untuk membuat keputusan antara menyimpan atau melabur, tidak semudah yang disangka. Jangan sampai kerana hendak melabur, anda langsung tiada simpanan kecemasan dan jangan pula terlalu menyimpan sampaikan tiada pelaburan hari tua.  

Jadi, nak melabur ke nak menyimpan?

Sebelum buat keputusan, anda kena pertimbangkan perkara-perkara ini:

1. Dah ada duit simpanan ke belum?

Sebelum melabur, kenalah pastikan anda ada simpanan kecemasan anggaran 3 ke 6 bulan gaji. Sekurang-kurangnya kalau kehilangan kerja pun masih boleh bertahan beberapa bulan sebelum dapat kerja baru.

2. Perancangan jangka masa pendek

Ada yang bercadang nak pergi bercuti, beli kereta atau rumah dalam setahun dua ni? Kalau ya, anda kena mula menyimpan daripada sekarang. Iyalah, nak beli kereta atau rumah tu kan perlukan duit pendahuluan. Mana nak cari 10 peratus daripada downpayment tu?

3. Perancangan jangka masa panjang

Jika anda tiada sebarang perancangan besar dalam waktu terdekat ni, sudah tentu melabur adalah pilihan terbaik. Pelaburan ni memerlukan masa yang lebih lama untuk nampak hasilnya. Contohnya melabur dalam unit amanah, sudah tentu anda perlukan masa untuk dapat pulangan pendapatan. Ye tak?

4. Keperluan atau kehendak?

Duit simpanan dah ada, tetapi disebabkan tiada perancangan jangka masa pendek, anda mempunyai lebihan wang untuk berbelanja. Akibatnya, banyak barangan yang tidak perlu dibeli. Bukankah lebih baik wang yang ada itu dilaburkan untuk perkara yang lebih bermanfaat?

5. Dah pencen nanti, nak ke kerja lagi?

Ada yang memilih untuk melancong satu dunia lepas pencen. Ada pula yang memilih untuk menunaikan haji. Kedua-dua pilihan ini sudah tentu memerlukan wang. Cukup ke tabungan yang ada?

Tidak kira apa jua pilihan anda, kenalah kaji setiap perkara sebaiknya.

Simpanan memang baik, anda mempunyai aset cair yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Begitu juga dengan pelaburan, bezanya  jika anda melabur dalam tempoh masa tertentu dan kena caranya, anda dapat pulangan dalam pendapatan yang lebih banyak berbanding simpanan.

Untuk anda yang tengah pening, tidak tahu nak memilih antara pelaburan atau simpanan apa kata anda dapatkan maklumat lanjut daripada pakar pelaburan yang dipercayai seperti Principal Asset Management (Principal).

Principal mempunyai kepakaran dalam membantu anda mendapatkan ilmu pelaburan dan maklumat kewangan yang sesuai mengikut keperluan anda termasuklah dalam bidang pelaburan unit amanah, skim persaraan swasta dan dana tukaran dagangan.

Bila dah ada maklumat lengkap, senanglah nak buat pilihan dan keputusan. Yang masih berkira-kira tu, hubungi je 03-7718 3000 atau layari Principal hari ini!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.