Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Jangan Abaikan Jika Kereta Anda Keluarkan 5 Bunyi Pelik Ini!

Segeralah bawa kereta untuk diservis!
Editor
04 Nov 2019, 06:00 AM

jangan abaikan jika kereta anda keluarkan 5 bunyi pelik ini!

Kredit: Shutterstock

Siapa yang tidak risau kalau ada bunyi-bunyi pelik pada kereta? “Apa yang rosak?”, “Berapa pula kos yang diperlukan untuk baik pulih?” atau “Bahaya tak kalau terus bawa?”; itu antara persoalan yang bermain di fikiran.

Ada 1,001 sebab kenapa kereta mengeluarkan bunyi pelik seperti ketukan, geseran, dan bunyi nyaring. Bunyi ini boleh jadi tanda awal komponen tertentu di dalam kereta mengalami masalah. Ada yang boleh ditangguhkan, tetapi ada bunyi yang perlukan perhatian segera!

Kami kongsikan antara bunyi pelik yang anda tidak boleh abaikan:

#1 Bunyi ketukan di bahagian tayar

Bunyi ini mungkin disebabkan masalah pada absorber atau penyerap hentakan. Komponen ini penting untuk memastikan tayar kereta bersentuhan dengan permukaan jalan dan menyerap hentakan bagi melancarkan pemanduan. Absorber yang rosak boleh menjejaskan kawalan brek dan kenderaan anda.

#2 Bunyi siulan terutamanya ketika di selekoh 

Apabila kereta mengeluarkan bunyi seperti geseran dan siulan terutamanya ketika mengambil selekoh, kereta anda mungkin mengalami masalah bearing tayar atau timing belt. Timing belt yang terlalu ketat atau tidak berfungsi dengan baik boleh membuatkan enjin kereta anda rosak!

#3 Bunyi besi bergeser setiap kali tekan brek

Jangan ambil mudah bunyi ini kerana ianya menandakan brek pad menipis dan haus terutamanya jika bunyinya seakan geseran besi. Bahaya ya! Cengkaman brek berkurangan bukan sahaja bahaya untuk pemanduan tetapi boleh merosakkan cakera brek.

#4 Bunyi nyaring dari bahagian bonet

Berkemungkinan besar disebabkan masalah pada timing belt yang mengawal sistem asas kenderaan. Timing belt yang rosak perlu ditukar segera, kerana komponen ini boleh menjejaskan komponen lain jika tidak dibaiki segera!

#5 Ekzos mengeluarkan bunyi kuat ketika memecut

Jika bunyinya datang dari bahagian bawah kenderaan dan semakin kuat bila anda memecut, mungkin disebabkan kebocoran pada ekzos. Jangan ambil mudah, kebocoran ekzos ini boleh menyebabkan penumpang terdedah kepada pencemaran karbon monoksida.

Jangan jadi begini. Jika anda berhadapan dengan bunyi-bunyi ini atau sebarang bunyi pelik daripada kenderaan, segeralah bawa kenderaan anda untuk diperiksa oleh pakar. Penting untuk kita memastikan kenderaan kita sentiasa dalam keadaan terbaik!

Oleh yang demikian, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) menyokong segala inisiatif yang mengetengahkan mesej ‘kereta dan jalan raya yang lebih selamat’ melalui pendidikan & kesedaran mengenai kepentingan penyelenggaraan kereta yang kerap, menggunakan bahagian-bahagian kereta yang berkualiti.

jangan abaikan jika kereta anda keluarkan 5 bunyi pelik ini!

Kredit: Bosch

Selaku pendahulu pembekal barangan teknologi dan servis berkaitan automotif sedunia, Bosch AA mengambil inisiatif menganjurkan kempen Drive for Life dengan 3 fasa utama kempen ini iaitu Educate, Engage dan Empower.

jangan abaikan jika kereta anda keluarkan 5 bunyi pelik ini!

Kredit: Bosch

jangan abaikan jika kereta anda keluarkan 5 bunyi pelik ini!

Kredit: Bosch

Kempen yang dirasmikan oleh YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan dan diiringi oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Hannah Yeoh ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran di kalangan pemandu tentang pentingnya penyelenggaraan berkala kenderaan dan pada masa sama memilih untuk menggunakan komponen dan alat ganti tulen. 

Memang menarik kempen anjuran Bosch ni. Walaupun nampak mudah, tetapi masih ramai yang ambil mudah tentang keselamatan kenderaan dan pemanduan ni.

Anda yang inginkan info lanjut dan terkini bolehlah klik di sini.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.