Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Faedah Menggunakan Transaksi Tanpa Tunai Pada Perniagaan

Duit tak nampak, tapi ‘masyuk’.
Editor
11 Dec 2019, 05:54 PM

faedah menggunakan transaksi tanpa tunai pada perniagaan

Kredit: Shutterstock

Dunia perniagaan hari ini bukanlah sekadar memaparkan produk dan menyediakan tapak untuk pemasaran. Tidak kiralah perniagaan anda kecil atau besar, anda harus bergerak seiring dengan teknologi untuk terus berdaya saing.

Salah satunya dengan menggunakan kaedah transaksi pembayaran tanpa tunai yang semakin popular dan mendapat sambutan menggalakkan di Malaysia. Kaedah ini memberi faedah berganda kepada pemilik perniagaan, termasuklah:

1) Menjimatkan masa

Hari ini kalau boleh semua pun nak cepat. Mood nak membeli pun boleh hilang kalau kena beratur lama untuk membuat pembayaran.

Penggunaan transaksi tanpa tunai membolehkan pelanggan membuat tempahan serta bayaran awal dan datang ke premis hanya untuk mengambil barangan yang dibeli. Menerusi aplikasi mudah alih, bayaran pun boleh dibuat di mana-mana je mengikut keselesaan dan kesesuaian pelanggan

2) Tak perlu sedia duit kecil

Ha, ini selalu sangat menjadi masalah. Bukan semua pelanggan boleh menyediakan duit ‘tepat-tepat’, ada yang ambil masa lama seluk poket sana sini mencari syiling. Ada pula yang terus membuat bayaran dengan wang besar.

Bagi pihak peniaga, mereka harus memastikan wang baki sentiasa mencukupi dengan cara membuat penukaran dan menyediakan wang kecil serta syiling di premis perniagaan. Siapa yang tak cemas jika kebanyakan pelanggan membayar dengan wang besar, terutamanya apabila rizab wang baki semakin berkurangan? Kalau tak cukup, mulalah kelam kabut nak tukar sana sini. Buang masa kan?

3) Senang nak buat kira-kira

Maklumat pembelian dan harga ada dalam sistem. Tak timbul isu terlupa berapa item yang terjual setiap hari, berapa jumlah duit masuk dan keluar atau duit lesap entah ke mana. Cuma periksa je sistem yang ada. Mudah nak kenal pasti aliran wang keluar masuk.

Pelanggan juga mempunyai rekod transaksi pembelian yang boleh dirujuk untuk memastikan jumlah pembayaran yang dilakukan dan untuk mengawal bajet bulanan.

4) Kurangkan risiko kecurian

Peniaga yang menjalankan transaksi jual beli secara tunai perlu memastikan jumlah kutipan harian diurus dengan selamat. Jumlah kutipan sama ada kecil atau besar mempunyai risiko keselamatan kepada peniaga. Memang tak senang hati kalau kena bawa beg berisi wang ratusan, ribuan atau puluhan ribu ringgit ke bank untuk dimasukkan ke dalam akaun.

Kaedah transaksi tunai juga meningkatkan risiko kecurian atau rompakan, pekerja tak jujur di samping mengurangkan ‘human error’ yang merugikan. Kaedah ini juga membantu menjimatkan masa mengira kutipan perniagaan harian dengan tepat.

5) Kembangkan perniagaan

Perkhidmatan pembayaran tanpa tunai memberi banyak kemudahan untuk peniaga tempatan termasuklah dari sudut keselamatan dan kemudahan. Platform ini menyediakan rangkaian pembayaran lebih besar dengan penggunaan kad kredit, kad debit dan khidmat tukaran wang. Menerusi kaedah ini, anda boleh meluaskan lagi perniagaan dengan menarik pelawat asing atau pelanggan dari luar negara untuk membeli produk anda melalui capaian laman internet atau media sosial.

Menarik, kan?

Untuk anda yang menjalankan perniagaan tetapi masih belum menggunakan transaksi tanpa tunai, inilah masa terbaik untuk anda mulakan langkah pertama dengan GoBiz.

faedah menggunakan transaksi tanpa tunai pada perniagaan

Kredit: Shutterstock

GoBiz merupakan platform penerimaan bayaran digital bagi membantu usahawan mengembangkan perniagaan dengan hanya menggunakan aplikasi fon dan web.

GoBiz yang dilengkapi telekomunikasi mudah alih, perkhidmatan e-pembayaran serta perkhidmatan kewangan seperti pembayaran bil dan tambah nilai ini, mudah untuk digunakan. Hanya daftar dan peniaga akan dapat pengesahan dalam tempoh 3 hari.

faedah menggunakan transaksi tanpa tunai pada perniagaan

Dengan GoBiz, peniaga boleh menerima pembayaran yang dibuat menggunakan MasterCard, UnionPay dan kad Visa pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Paling penting, ianya dilengkapi ciri-ciri keselamatan dan proses pengesahannya pantas tanpa sebarang kos tambahan.

Nak lebih efisyen, anda juga boleh gunakan GoOffice yang merupakan pakej bundle suara, data, dan aplikasi Microsoft Office yang pertama di Malaysia untuk perusahaan kecil dan sederhana.

Dengan GoOffice, anda boleh membuat panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia. Internet pun tanpa had, malah anda boleh gunakan internet secara percuma di 12 buah negara terpilih!

Ada lagi, anda juga dapat aplikasi Microsoft Office 365 Business secara percuma yang boleh diinstal di 15 buah peranti.Dapat pula cloud storage sehingga 1TB dan 20GB data hotspot!

Apa tunggu lagi? Jomlah daftar sekarang di sini https://bit.ly/383Gwmx.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.