Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

5 Cara Mudah Yang Anda Boleh Buat Untuk Naikkan Nilai Rumah

Kenalah buat langkah-langkah ni sebelum jual rumah.
Editor
09 Mar 2020, 10:44 AM

5 cara mudah yang anda boleh buat untuk naikkan nilai rumah

Kredit: Freepik

Kita bukannya beli rumah untuk dijadikan tempat tinggal selama-lamanya. Sebahagiannya beli rumah sebagai salah satu bentuk pelaburan, termasuklah untuk menjualnya semula pada harga lebih tinggi. Sekiranya anda bercadang untuk menjual semula rumah, pastikan anda ambil langkah penting ini bagi memastikan nilai rumah itu lebih tinggi daripada harga beli.

Rumah yang terletak di lokasi strategik, berhampiran dengan kemudahan awam, memang pilihan terbaik dan sangat mempengaruhi harga rumah. Walaupun begitu, anda masih perlu ambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan harga rumah tidak jatuh. Tak susah pun, ni kami tunjukkan 5 cara yang boleh anda lakukan:

#1 Rumah dengan pencahayaan baik

Sebelum beli rumah sudah tentu anda akan bawa bakal penyewa melihat-lihat di sekitar kawasan rumah. Jika lampu yang digunakan malap, sudah tentu bakal penyewa tidak nampak ruang-ruang yang kecantikan di dalam rumah. Kesannya, bakal penyewa tidak berminat dengan rumah anda kerana mereka terlepas pandang nilai utama yang anda cuba tonjolkan.

Anda hanya perlu gantikan mentol lama dengan mentol baharu yang lebih tinggi watt— harganya pun mampu milik, dan anda boleh tukarnya sendiri. Tak perlu bantuan profesional pun untuk melakukannya. 

#2 Kemas dan buang barang yang tidak perlu

Memang kerja-kerja mengemas dan mencuci ni memenatkan tetapi anda pastinya akan rasa puas bila memikirkan nilai yang anda perolehi apabila ada orang membeli rumah anda! Buang barang yang tidak diperlukan, anda boleh simpannya ditempat lain, derma atau kitar semula.

Anda juga kenalah bersihkan kotoran dan habuk di atas lantai dan karpet. Bakal pembeli tentu kagum bila lihat rumah yang kemas dan cantik— macam dapat rumah baharu! Bila hati dah berbunga-bunga, sudah tentu mereka setuju untuk membeli rumah ini pada nilai yang telah anda tetapkan.

#3 Pertingkatkan rupa ruang luar

Salah satu cara baru yang mudah untuk meningkatkan nilai rumah adalah dengan cara mencantikkan landskap rumah. Kawasan luar rumah ni merupakan antara perkara pertama yang bakal pembeli akan lihat, dan sudah tentu anda tidak mahu mereka disambut oleh taman yang tidak terjaga dan dinding berkulat.

Tanam pokok bunga dan tumbuhan lain yang boleh menaikkan seri rumah. Dan ya, pastikan anda kemas kawasan di belakang rumah juga ya!

#4 Gunakan khidmat profesional untuk periksa dan ganti wayar elektrik serta paip

5 cara mudah yang anda boleh buat untuk naikkan nilai rumah

Kredit: Shutterstock

Wayar elektrik yang sudah lama tidak diganti perlulah diperiksa dan diselenggara oleh profesional. Periksa kotak fius dan periksa mana-mana bahagian yang perlu diganti. Ganti wayar elektrik dan anda mungkin juga perlu menambah soket. Dah alang-alang buat wiring tu, apa kata anda tambah kipas pengudaraan di dapur dan bilik mandi.

5 cara mudah yang anda boleh buat untuk naikkan nilai rumah

Kredit: Shutterstock

Periksa juga bilik mandi tu, pastikan paip dalam keadaan baik. Jika tidak, kenalah baikinya segera. Jangan ambil mudah bilik mandi ni ya, kerana ianya antara ruang penting yang memainkan peranan dalam meningkatkan nilai rumah!

#5 Cat rumah

5 cara mudah yang anda boleh buat untuk naikkan nilai rumah

Kredit: Shutterstock

Sudah pasti anda ingin bakal pengewa melihat rumah anda sebagai satu pelaburan berbaloi dan tidak memerlukan kos penyelenggaraan tinggi. Anda boleh lapiskan cat baharu pada dinding luar rumah, agar bakal pembeli merasakannya seperti rumah baharu dan tidak perlukan diselenggara dalam waktu terdekat.

5 cara mudah yang anda boleh buat untuk naikkan nilai rumah

Lagipun, dengan waranti 7 tahun Nippon Paint Weatherbond, yang anda boleh dapatkan secara percuma dengan setiap pembelian  salutan cat lengkap sealer dan Nippon Paint Weatherbond, hartanah anda kelihatan lebih menjimatkan kos kepada bakal pembeli kerana catnya tahan lebih lama!

Rangkaian Nippon Weatherbond sesuai untuk dinding luar. Cat berkuasa tinggi ini tahan cuaca panas, hujan dan mengandungi bahan anti kulat yang sesuai untuk kediaman di Malaysia. Layari Nippon Paint untuk info lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.