Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Anda Tahu Tak Yang Anda Boleh Dapat Waranti Untuk Cat Rumah?

Lepas ni dah tau la nak buat apa kalau nampak cat rosak...
Editor
06 Feb 2020, 04:47 PM

anda tahu tak yang anda boleh dapat waranti untuk cat rumah?

Kredit Shutterstock

Anda mungkin baru je beli kereta yang dah lama diidam. Dan seperti biasa, anda tentunya mahukan waranti (atau waranti tambahan). Iyalah, bukan senang nak dapat kereta idaman dan dah tentu kos baik pulihnya bukan murah.

Kebanyakan daripada kita mahukan waranti untuk kenderaan dan barangan elektronik sampaikan terlupa yang kita juga perlukan waranti sebagai perlindungan untuk aset lain seperti cat di dinding rumah!

Sebagai pemilik kediaman, sudah tentu kita inginkan dinding luaran yang menarik dan sedap mata memandang. Dan untuk itu, beberapa tahun sekali kita akan memperuntukan sebahagian wang untuk kerja-kerja mengecat semula. Bayangkan, setelah berpenat lelah dan berhabis wang, cat yang disapu mula terkelupas dalam tempoh hanya beberapa minggu!

Suka atau tidak, terpaksalah keluarkan bajet tambahan untuk mengecat semula dinding yang rosak walaupun baru beberapa minggu lepas kita mengecatnya.   

Sama juga macam beli laptop, cat di dinding rumah juga perlukan waranti. Sebab itulah anda perlu gunakan Nippon Paint yang tawarkan waranti sehingga 7 tahun untuk dinding.  Dengan setiap pembelian produk Nippon Paint Weatherbond, anda bukan sahaja dapat cat berkualiti tetapi dapat sekali waranti... Lega, kan? Ada juga yang memahami dilema dan masalah pemilik rumah ni, kan? Mana ada orang yang suka tengok rumah rosak dan kurang menarik?

Macam mana nak dapatkan waranti dan nak tau bagaimana waranti ini dapat melindungi anda? Kenalah baca sampai ayat terakhir!

Anda boleh nikmati waranti 7 tahun ini dengan setiap pembelian rangkaian Nippon Paint Weatherbond, yang sudah tentu merupakan pilihan terbaik untuk anda yang inginkan perlindungan dinding daripada kulat dan cuaca Malaysia yang tidak menentu.

anda tahu tak yang anda boleh dapat waranti untuk cat rumah?
Kredit: Nippon Paint Malaysia

Hanya cat dinding yang mengalami masalah-masalah ini dalam tempoh 7 tahun bermula daripada tarikh yang tercatat dalam resit pembelian sahaja boleh mendapatkan waranti ini:

#1 Cat terkelupas

anda tahu tak yang anda boleh dapat waranti untuk cat rumah?

Kredit: Shutterstock

Keadaan ini terjadi apabila lapisan cat tertanggal atau terkupas keluar. Sesetengahnya disebabkan oleh kadar kelembapan air yang tinggi atau permukaan kotor. Kenalah pastikan penyediaan permukaan yang sempurna dilakukan sebelum mengecat cat asas dan cat warna untuk dapatkan waranti 7 tahun!

#2 Retakan Halus

anda tahu tak yang anda boleh dapat waranti untuk cat rumah?

Kredit: Shutterstock

Selain daripada pengelupasan, anda boleh gunakan waranti ini untuk dinding yang mempunyai retakan halus. Retakan halus ini terjadi apabila terdapat pengembangan atau penguncupan pada permukaan dinding. Dalam sesetengah keadaan, retakan halus juga boleh terjadi jika langkah penyediaan dinding tidak diikuti sebaiknya sebelum mengecat.

#3 Kulat

anda tahu tak yang anda boleh dapat waranti untuk cat rumah?

Kredit: Shutterstock

Anda boleh menggunakan waranti sekiranya terdapat pertumbuhan kulat di antara lapisan cat. Kebiasaannya, pertumbuhan kulat ini disebabkan berlakunya proses kondensasi pada dinding, kadar kelembapan yang tinggi dan kebocoran paip berhampiran atau di dalam dinding.

Untuk mendapatkan waranti ini, anda kenalah pastikan yang pertumbuhan kulat tadi BUKAN disebabkan oleh kadar kelembapan yang tinggi, resapan air, pengumpulan kotoran, kawasan lembap atau dinding yang sering basah.

Walaupun dah ada waranti cat, sebagai pemilik rumah kenalah ambil langkah terbaik untuk melindungi dinding kediaman ya.  

Anda tentunya perasan yang waranti ini tidak cover kerosakan yang disebabkan oleh alam seperti kelembapan yang tinggi, kondensasi dan kesilapan manusia termasuk kegagalan menjalankan  langkah penyediaan dinding sebaiknya sebelum mengecat.

anda tahu tak yang anda boleh dapat waranti untuk cat rumah?

Kredit: Nippon Paint Malaysia

Jadi, anda kenalah proaktif dan ambil langkah sewajarnya. Iyalah tak bermakna bila dah anda waranti anda boleh ambil mudah penjagaan dinding ni. Waranti hanya untuk memastikan yang anda dapat kualiti cat seperti yang telah dijanjikan.

Untuk menyediakan dinding sebelum kerja mengecat dilakukan-gunakan sealer supaya lapisan cat melekat sempurna dan warnanya tahan lama. Anda juga kenalah gunakan cat berkualiti untuk dinding luar yang mampu melindungi dinding daripada cuaca tak menentu.

Layari di sini untuk info lanjut mengenai waranti.

Dengan adanya waranti untuk dinding ni, anda dah dapat perlindungan untuk aset bernilai dalam hidup iaitu rumah. Jadi, tak perlulah risau.

Apa tunggu lagi? Mulakan segera langkah untuk lindungi kediaman dan dinding rumah hari ini! Layari Nippon Paint untuk info lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.