Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Apa Salah Air? Mengapa Ramai Yang Lakukan Kesilapan Ini?

Kesian air, selalu sangat difitnah!
Editor
30 Oct 2019, 01:19 PM

apa salah air? mengapa ramai yang lakukan kesilapan ini?

Kredit: jcomp/Freepik Edit: SINAR

Bukan je manusia perlukan air, haiwan dan tumbuhan pun tak dapat hidup tanpa air. Malah kira-kira 60 peratus tubuh manusia dipenuhi air termasuk otak, jantung, paru-paru, otot, kulit dan tulang.

Air diperlukan untuk memasak, mencuci dan melancarkan urusan harian. Pendek kata kita memang tak boleh dipisahkan dengan air. Dan disebabkan air terlalu penting, banyak perkara yang terjadi kepada kita dikatakan berpunca daripada air. Antara salah faham dan mitos tentang air adalah:

#1 Mesti 8 Gelas!

Hakikatnya kita kena minum air secukupnya bergantung kepada keperluan tubuh individu. Umur, berat badan, tahap aktiviti fizikal, tahap kesihatan dan iklim antara yang perlu dipertimbangkan. Mereka yang bersaiz besar atau yang lebih banyak berpeluh disebabkan aktiviti fizikal kenalah minum lebih banyak air untuk ganti air yang hilang.  

#2 Demam? Tak Boleh Mandi Ya!

Ada yang takut nak mandi ketika demam, mereka lebih memilih untuk balut badan dengan selimut tebal hingga berpeluh. Tetapi cara terbaik untuk merendahkan suhu badan adalah mandi dengan air di suhu bilik dengan kerap.

#3 Air minuman dan air beralkali adalah sama

Air minuman dan air beralkali adalah BERBEZA daripada sudut kandungan hidrogen atau pH. Air minuman kebiasaannya berada pada pH neutral iaitu 7 tetapi air beralkali mempunyai pH antara 8 hingga 14. Air beralkali dengan pH 8.5 sesuai untuk diminum. pH 9.0 pula untuk minum dan menanak nasi. Jika anda ingin menggunakan air beralkali untuk masak dan membancuh teh, pH 9.5 adalah yang paling sesuai. Kerja-kerja mencuci sayur menjadi lebih mudah menggunakan air beralkali dengan pH 10, barulah hilang rasa kelat pahit sayur tu.

#4 Air beralkali semuanya adalah sama?

Air beralkali mempunyai beberapa jenis bergantung kepada kadar pH dan jenis tapisan. Antaranya air suling beralkali, air alkali terion, air alkali dengan bahan tambahan, air alkali tulen dan air alkali dengan pH alkali berbeza. Sudah tentu kadar pH setiap satunya berbeza, kandungan mineral, hidrogen dan kegunaan juga berbeza.

Ini antara sebahagian daripada kesilapan dan salah faham terhadap air. Hakikatnya air bukan sahaja membuatkan kita kekal hidrat tetapi memainkan peranan dalam mengawal suhu dalaman, membekalkan nutrien ke serata badan dan bertindak sebagai penyerap hentakan untuk melindungi organ dalaman dan fetus di dalam kandungan.

Pastikan anda minum air secukupnya untuk buang toksin daripada tubuh melalui peluh dan urin. Untuk anda yang ingin menggunakan air beralkali Panasonic sebagai minuman harian, anda boleh mendapatkannya daripada Alkaline Ionizer Panasonic yang bukan sahaja memberikan anda air alkali berion, air tapis dan air yang mengandungi asid lemah tetapi jenama ini telah diperakui halal!

Air yang dihasilkan oleh Alkaline Ionizer Panasonic dilengkapi kaedah penulenan air yang sama sebelum air itu melalui fasa elektrolisis menggunakan ion positif dan negatif untuk menghasilkan air beralkali terion dan air berasid terion.

 apa salah air? mengapa ramai yang lakukan kesilapan ini?

Kredit: Panasonic

Alkaline Ionizer Panasonic bukan sahaja memberi anda pilihan untuk memilih kadar pH air alkali iaitu pH 8.5, pH 9.0, pH 9.5 dan pH 10.0, anda boleh memilih untuk minum air tapis atau air yang bersifat asid lemah dengan pH 5.5 dan pH 3.0 yang bersih dan selamat daripada bakteria dan bahan kimia berbahaya.

Anda boleh menggunakan air ini bukan sahaja untuk minum, tetapi untuk kerja-kerja mencuci dan memasak. Kadar pHnya juga boleh dilaras mengikut kesesuaian. Untuk info lanjut tentang produk ini, klik je di sini.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.