Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Anda Pasti Anda Sudah Lakukan Pemeriksaan Tayar Dengan Betul?

Jangan ingat tayar tidak penting...
Editor
21 May 2018, 08:00 AM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Dalam sebulan berapa kerap anda memeriksa tayar? Bagaimana pula cara anda memeriksa tayar? Adakah cukup dengan memijak untuk memeriksa tekanan udara di dalam tayar atau ada langkah lain yang perlu diikuti?

Iyalah cuti panjang sempena hari raya sudah hampir tiba. Mesti ramai yang merancang hendak pulang ke kampung halaman. Jom ikuti 5 tip pemeriksaan tayar daripada Michelin supaya perjalanan balik kampung anda lancar.

#1 Periksa Tekanan Tayar

anda pasti anda sudah lakukan pemeriksaan tayar dengan betul?

Kredit: Shutterstock

Isi angin tayar dengan jumlah tekanan yang tepat. Tayar yang kurang angin menghasilkan haba lebih tinggi, menggunakan lebih banyak minyak dan boleh menyebabkan kegagalan serta kemalangan. Jumlah tekanan tayar kebiasaaannya dilekatkan di bahagian pintu pemandu atau anda boleh selak buku manual kereta.

#2 Periksa Kedalaman Bunga Tayar Dan Tanda Koyakan

Bunga tayar melindungi kereta daripada hilang kawalan di atas jalan basah. Ambillah pembaris dan ukur sendiri. Tayar yang baru mempunyai kedalaman bunga 8mm – sebaiknya tayar ditukar apabila menghampiri kedalaman 2mm.

#3 Periksa Luaran Tayar

anda pasti anda sudah lakukan pemeriksaan tayar dengan betul?

Kredit: Shutterstock

Koyakan atau gelembung boleh disebabkan oleh jalan berlubang atau objek di atas jalan;  tayar perlu ditukar segera jika terdapat sebarang tanda koyakan, torehan atau tayar menggelembung.

#4 Pastikan Anda Lakukan Balancing & Alignment Tayar

anda pasti anda sudah lakukan pemeriksaan tayar dengan betul?

Kredit: Shutterstock

Balancing tayar dilakukan untuk memastikan bebanan antara tayar seimbang dan tayar dapat berputar setara. Alignment pula dilakukan untuk memastikan arah serta sudut tayar adalah sama. Kedua-dua ini amat penting untuk pemanduan yang selamat.

#5 Tayar Spare Dah Check Ke Belum?

Apabila memeriksa keadaan tayar, jangan lupa untuk periksa keadaan tayar spare. Pastikan juga anda mempunyai peralatan menukar tayar di dalam kereta untuk digunakan waktu kecemasan. Simpan juga nombor penting seperti peronda lebuhraya untuk mendapatkan bantuan.

anda pasti anda sudah lakukan pemeriksaan tayar dengan betul?

 

Bagaimana dengan tayar kereta anda? Adakah perlu diganti? Jika ya, segeralah ke pengedar sah Michelin mulai 15 Mei hingga 15 Jun dan tebus beg laptop Michelin untuk setiap pembelian 4 tayar Michelin bersaiz 15 inci dan ke bawah atau 2 tayar Michelin bersaiz 16 inci dan ke atas.

Selain enjin, tayar memainkan peranan penting. Tayar dalam keadaan terbaik boleh menyelamatkan nyawa terutamanya pada musim perayaan apabila kadar kemalangan meningkat.  Jadi, jangan bertangguh, segeralah bertindak sekarang!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.