Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Anak-anak Anda Boleh Tulis Esei Dengan Baik Dengan Tip Ini!

Jom bantu anak-anak kita!
Izza Yatim
23 Mar 2021, 04:21 PM

anak-anak anda boleh tulis esei dengan baik dengan tip ini!

Kredit: Katerina Holmes/Pexels

 

Penulisan esei itu sendiri menakutkan dan membuatkan anak-anak tidak senang duduk. Selain perlu menulis satu-persatu perkataan untuk membentuk ayat, anak-anak juga perlu mahir dalam topik yang ingin ditulis dan pada masa yang sama menguasai tatabahasa.

 

Tidak sukar sebenarnya untuk mahir dalam bidang penulisan esei. Iya, tidak dinafikan untuk menghasilkan sebuah esei yang baik seseorang itu perlu banyak membaca terutamanya bahan bacaan yang melibatkan isu semasa. Selain itu, kenalah praktis menulis dengan kerap dan konsisten.

 

 

Dan sebagai ibu bapa, kita perlu memainkan peranan dalam membantu anak-anak meningkatkan penguasaan mereka dalam bidang penulisan esei. Di sini kami kongsikan antara peranan yang boleh ibu bapa mainkan:

 

#1 Sediakan peralatan

 

Selain alat tulis dan kertas, ibu bapa boleh menyediakan buku karangan dan bahan bacaan yang sesuai untuk mengasah minat anak-anak terhadap bidang penulisan esei.

 

#2 Ajar kaedah menulis esei

 

Esei yang baik perlulah mempunyai lima perenggan yang terdiri daripada pengenalan, tiga isi penting dan penutup. Terangkan pada anak-anak setiap bahagian dan bagaimana mereka boleh ekspresikan idea dengan sokongan fakta, pernyataan, analisis serta keterangan yang jitu dan konkrit.

 

#3 Bincangkan isi penting dan rangka esei

 

Sebelum anak anda mula menulis esei, tanyakan kepada mereka tajuk esei yang hendak ditulis dan bagaimana esei tadi dapat dikembangkan. Bincangkan dengan mereka rangka karangan dan isi-isi penting yang sesuai.

 

#4 Baca esei anak-anak dan beri maklum balas

 

Selepas anak anda selesai menulis esei, peruntukkan sedikit masa untuk membaca draf esei mereka dan beritahu bahagian mana yang mereka boleh perbaiki.

 

#5 Galakkan mereka sertai pertandingan menulis esei

nak anak-anak mahir menulis esei? ni 5 peranan ibubapa

Kredit: Sunway

 

Ada banyak pertandingan menulis esei dengan tawaran hadiah menarik yang boleh anak-anak anda sertai. Ada yang menawarkan gajet dan wang tunai sebagai hadiah kemenangan, ada pula yang memberikan hadiah berbentuk biasiswa penuh seperti Sunway-Oxbridge Essay Competition 2021 yang memasuki tahun ke-8 penganjuran!

 

 

Projek tanggungjawab sosial korporat ini hasil usahasama Kumpulan Sunway, Oxford dan Cambridge Society Malaysia, Jeffrey Cheah Foundation dan Sunway University untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah seluruh Malaysia.  Pertandingan ini juga disokong oleh Kementerian Pendidikan.

 

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah dan para guru yang menggunakan silibus kebangsaan. Terdapat beberapa kategori yang boleh anda sertai, iaitu:

 

nak anak-anak mahir menulis esei? ni 5 peranan ibubapa

 

Kategori A

Peserta bagi kategori ini terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 3. Peserta perlu menulis esei 200 ke 350 patah perkataan berdasarkan tajuk ‘The Covid-19 pandemic has exposed the challenges of online learning throughout Malaysia. What could make this better?

 

Kategori B

Peserta bagi kategori ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5. Peserta perlu menulis esei 500 ke 650 patah perkataan berdasarkan tajuk ‘The Covid-19 pandemic has exposed the challenges of online learning throughout Malaysia. How could this be alleviated in the future?

 

Kategori C

Peserta bagi kategori ini terdiri daripada para guru sekolah menengah. Peserta perlu menulis esei 1,000 ke 1,500 patah perkataan berdasarkan tajuk ‘The challenges of online education throughout Malaysia. How could this be alleviated in the future?

 

Untuk kategori A dan B, pemenang akan membawa pulang:

  • Tempat pertama: Wang tunai RM5,000, dermasiswa penuh Sunway, sijil penyertaan, trofi dan 10,000 mata ganjaran Sunway Pals.
  • Tempat ke-2: Wang tunai RM3,000, dermasiswa Sunway bernilai RM15,000, sijil penyertaan, trofi dan 10,000 mata ganjaran Sunway Pals.
  • Tempat ke-3: Wang tunai RM1,000, dermasiswa Sunway bernilai RM10,000, sijil penyertaan, trofi dan 10,000 mata ganjaran Sunway Pals.
  • Sagu hati X10: Wang tunai RM500, dermasiswa Sunway bernilai RM5,000, sijil penyertaan, pingat dan 10,000 mata ganjaran Sunway Pals.

 

Untuk kategori C, pemenang akan bawa pulang:

  • Juara: Sebuah laptop dan sijil penghargaan.
  • Sagu hati X4: Token penghargaan dan sijil penghargaan.

 

Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar SATU esei sahaja.

 

 

Tunggu apa lagi? Ayuh galakkan anak-anak anda menghantar penyertaan di sini sebelum pertandingan berakhir pada 31 Mac jam 1 petang.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.