Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Nak Tahu Anda Layak Ke Tidak Dapat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan? 4 Perkara Ini Anda Kena Tengok Pada Bil!

Peratusan diskaun bergantung pada jumlah penggunaan bulanan.
Editor
29 Jul 2020, 05:19 PM
nak tahu anda layak ke tidak dapat bantuan prihatin elektrik tambahan? 4 perkara ini anda kena tengok pada bil!

Kredit: TNB & Freepik

Tidak dinafikan ramai yang terkesan dengan penularan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diambil kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak.

Dan disebabkan ramai yang duduk di rumah dan sebahagiannya bekerja dari rumah, sudah tentu penggunaan elektrik di rumah meningkat. Iyalah, sebelum ini penggunaan elektrik hanya pada waktu malam. Tetapi sepanjang PKP, penggunaan elektrik adalah setiap masa. Jadi, bil yang diterima juga tinggi daripada kebiasaan.

Menyedari ramai yang terkesan dan bagi mengurangkan beban pengguna, Kerajaan Malaysia bersetuju memberikan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan (BPE) kepada semua pelanggan kediaman (domestik) sehingga RM77 sebulan untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP. Bantuan ini akan diberikan secara automatik, sekali gus dalam bil Julai 2020.

Berapa banyak bantuan yang diterima?

Untuk mengetahui berapa banyak bantuan yang anda terima, perkara pertama yang perlu anda buat selepas dapat bil TNB bulan Julai ni ialah:

#1 Tarikh bil

Ada yang dah mula periksa bil di myTNB app atau portal TNB. Pastikan anda tengok bil itu untuk bulan berapa. BPE ini hanya untuk bil bulan Julai sahaja.

Bil Julai juga akan dihantar ke rumah-rumah. Ada 3 helai dokumen yang perlu anda lihat iaitu:

  • Penyata terperinci Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan
  • Bil bulan Julai 2020 yang bersaiz A4
  • Infografik tentang penyata terperinci Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan

#2 Jenis kediaman

nak tahu anda layak ke tidak dapat bantuan prihatin elektrik tambahan? 4 perkara ini anda kena tengok pada bil!

Kredit: TNB

Setelah terima bil Julai, lihat tarif anda. Adakah anda pengguna kediaman, komersial, perindustrian atau pertanian. BPE ini hanya diberikan kepada pelanggan kediaman (domestik).

#3 Berapa penggunaan bulanan anda?

Kesemua 7.66 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan menerima manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan bagi tempoh 3 bulan tersebut. Amaun Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan bergantung pada jumlah penggunaan bulanan, seperti jadual ini:

nak tahu anda layak ke tidak dapat bantuan prihatin elektrik tambahan? 4 perkara ini anda kena tengok pada bil!

Kredit: Astro AWANI

Pengguna yang menggunakan elektrik 300kWj dan ke bawah sebulan akan menikmati bekalan elektrik PERCUMA bagi tempoh 3 bulan tersebut.

Manakala, pengguna yang menggunakan elektrik 301kWj dan ke atas sebulan pula akan menerima maksimum RM77 sebulan dan sehingga jumlah maksimum RM231 untuk tempoh 3 bulan tersebut.

#4 Maklumat penting yang perlu diketahui daripada penyata BPE

Bila dah tau jumlah penggunaan tu, bolehlah tau berapa diskaun yang kita akan dapat. Betul tak? Ini dia empat maklumat penting yang anda perlu ketahui daripada Penyata Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan:

  1. Jumlah diskaun Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) untuk kediaman anda

Diskaun PRE diberikan antara 2% ke 50% bergantung kepada jumlah penggunaan bulanan! 

  1. Jumlah diskaun BPE

Diberikan sehingga RM77 sebulan untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP. Untuk anda yang guna sehingga 300 kWj pertama, anda dapat manfaat elektrik PERCUMA!

Mereka yang menggunakan antara 601kWj - 900 kWj sebulan pula layak mendapat diskaun tambahan sebanyak 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2% mulai bulan April 2020 hingga Disember 2020.

Jumlah sebenar BPE akan tertera di dalam bila Julai 2020 dan jumlah ini akan dimasukkan sekali gus (secara one-off) di dalam bil sebenar bulan Julai 2020.

  1. Jumlah keseluruhan bantuan diterima (April - Julai 2020)
  2. Jumlah perlu dibayar

Sudah tentu ramai yang menarik nafas lega dengan bantuan ini kan? Untuk anda yang masih samar-samar lagi tentang BPE ni, boleh tengok video ini:

Anda yang ada sebarang kemusykilan, inginkan bil terkini, Penyata Bantuan Prihatin Elektrik tambahan atau inginkan info lanjut bolehlah layari portal myTNB di www.mytnb.com.my atau muat turun aplikasi myTNB sekarang di Google Play Store atau Apple App Store.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.