Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Hilangkan Kulat Meloyakan Pada Dinding Rumah Dengan 4 Langkah Ini!

Paling penting kenalah guna cat berkualiti tinggi!
Editor
16 Jan 2020, 09:27 AM

hilangkan kulat meloyakan pada dinding rumah dengan 4 langkah ini!

Kredit: Shutterstock

Bayangkanlah anda baru sahaja pulang ke rumah setelah seharian bekerja, tiba-tiba ternampak tompokan hijau gelap atau hitam pada dinding di luar rumah... Sudah tentu hilang rasa teruja dan gembira dapat pulang ke rumah, yang tinggal cuma rasa risau memikirkan keadaan rumah yang ditumbuhi tompokan kulat.

Kulapuk, sejenis kulat yang muncul di kawasan lembap ni bukan sahaja memburukkan pandangan tetapi boleh mengundang masalah kesihatan seperti masalah pernafasan, sakit kepala, masalah kulit dan pneumonia. Sebab itulah penting untuk kita bertindak segera menghapuskan kulat ini daripada terus bermaharajalela!

Anda nak tau cara untuk lindungi dinding rumah? Kami kongsikan 4 langkah mudah yang boleh anda ikuti seperti berikut:

#1 Periksa dinding

Sebelum mulakan langkah menghapuskan kulat, anda kenalah terlebih dahulu kenal pasti kawasan yang ditumbuhi kulat. Sesetengah kulat boleh dilihat dengan mata kasar, sesetengahnya pula tidak. Dan disebabkan kulat perlukan permukaan lembap, kawasan terlindung dan redup menjadi tempat ‘kegemaran’ mereka seperti di belakang rak kasut di luar rumah.

#2 Bersihkan kawasan terlibat dengan pencuci khas kulat sebelum mula mengecat

Basuh kawasan yang ditumbuhi kulat dan aplikasikan Nippon Paint Fungicidal Wash. Biarkan permukaan yang diaplikasi Nippon Paint Fungicidal Wash selama 24 jam sebelum mulakan kerja-kerja mengecat.

#3 Gunakan sealer

hilangkan kulat meloyakan pada dinding rumah dengan 4 langkah ini!

Kredit: Nippon Paint Malaysia

Sealer penting sebagai lapisan perlindungan asas kepada dinding, sebelum dicat. Penggunaan sealer memastikan cat melekat sempurna dan tahan lebih lama. Sekiranya anda tidak menggunakan sealer, anda mungkin perlu menyelenggaraan cat rumah dengan kerap. Sudah tentu lebih merugikan.

#4 Gunakan top coat berkualiti

Gunakan top coat luaran berkualti, yang diformulasi untuk tahan lebih lama dalam memberi perlindungan terhadap cuaca yang tidak menentu. Sebaik-baiknya anda sapukan sekurang-kurangnya 2 lapisan top coat pada dinding.

Tak susah pun nak buat 4 langkah ni kan? Yang penting dengan langkah-langkah ini dapat lindungi dinding luaran rumah anda daripada kulat.

Anda juga boleh pertingkatkan lagi perlindungan terhadap dinding luaran rumah menggunakan rangkaian Nippon Paint Weatherbond, yang bertindak melindungi dinding luaran daripada hujan, matahari serta kulat.

Barulah boleh balik ke rumah dengan hati yang tenang dan gembira. Tak perlu risau lagi tentang keadaan rumah atau tentang masalah kesihatan yang disebabkan oleh kulat. Nak tahu lebih lanjut tentang rangkaian Nippon Paint Weatherbond, klik je di sini.

hilangkan kulat meloyakan pada dinding rumah dengan 4 langkah ini!

Bukan tu je, dengan setiap pembelian Nippon Paint Weatherbond anda boleh rebut peluang mendapatkan 7 tahun waranti PERCUMA untuk dinding luaran. Memang berbaloi! Bolehlah jimatkan masa dan wang untuk selenggara cat setiap tahun.

Klik di sini untuk info lanjut

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.