Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

3 Tips Memilih Susu Formula Yang Terbaik Untuk Anak

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira.
Editor
11 Sep 2019, 03:30 PM

3 tips memilih susu formula yang terbaik untuk anak

Kredit: Freepik

Di pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis susu formula untuk bayi dan kanak-kanak, contohnya seperti susu formula yang diperbuat dari susu lembu yang tinggi protein, soya atau hidrolisis protein. Banyak sangat jenis sampai pening nak pilih yang mana satu!

Bagi anda yang sedang mencari susu formula yang terbaik untuk anak, ikuti tiga tips ringkas ni dalam memilih susu formula yang terbaik untuk anak anda:

#1 Pastikan ianya berjenama dan dikenali

Menurut sebuah kaji selidik yang dijalankan oleh Pharmacy Times dan US News, 49% dari 2,490 orang ahli farmasi yang ditemu ramah sependapat bahawa susu formula khas yang terbaik ialah yang berjenama dan dikenali di pasaran.

Ini kerana produk susu formula khas yang berjenama selalunya dihasilkan daripada kajian saintifik yang teliti dan menyeluruh serta memakan masa yang lama. Manakala susu formula bayi yang biasa selalunya tidak menjalankan kajian yang teliti.

#2 Mempunyai tahapan bagi setiap tumbesaran anak

Pastikan anda beli susu formula yang mengikut tahap umur, contohnya seperti Enfagrow A+ yang terdapat dalam tiga formula yang berlainan – untuk 1 hingga 3 tahun, untuk 4 hingga 6 tahun, dan 6 tahun dan ke atas. Bahan-bahan yang terkandung dalam setiap formula ini boleh mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan otak anak mengikut peringkat umur mereka.

Susu formula untuk bayi yang baru lahir mempunyai komposisi mineral dan vitamin yang berlainan dengan susu formula untuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas dan kanak-kanak.

#3 Tinggi kandungan nutrisi yang penting bagi tumbesaran bayi

Menurut pakar kanak-kanak, bayi yang tidak menerima susu badan hendaklah meminum susu formula yang mengandungi zat besi sehingga mereka berumur setahun bagi mengelakkan anemia.

Pastikan juga anda dapatkan formula yang mengandungi vitamin A (penting dalam mengekalkan kesihatan kulit bayi dan membran mukus serta meningkatkan fungsi mata) dan DHA (penting bagi perkembangan emosi dan mental bayi).

Perkembangan anak anda amat penting di usia ini, jadi pastikan anda selidik jenis-jenis formula yang ada di pasaran dengan teliti!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.