Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

20 Aktiviti Menarik Mesti Cuba Kalau Anda Pergi Ke Pulau Pinang!

Bukan sekadar terkenal dengan laksa dan nasi kandar je tau!
Editor
17 Sep 2019, 05:00 AM

20 aktiviti menarik mesti cuba kalau anda pergi ke pulau pinang!

Kredit: Shutterstock, @rainbowskywalk/Instagram dan @rushazalinazainal/Instagram

Pulau Pinang, antara lokasi terkenal di Malaysia yang bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk tempatan, tetapi turut menjadi pilihan para pelancong. Keistimewaan Pulau Mutiara ini bukan sahaja pada kepelbagaian makanan tetapi tarikan dan lokasinya.  

Anda yang bercadang nak bercuti ke Pulau Pinang? Bukan 1 tetapi korang boleh nikmati sendiri 20 tarikan ini.

1.      Asam Laksa

Berada di tangga ke-7 senarai 50 Makanan Terbaik Dunia CNN. Walaupun mudah ditemui di tempat lain tetapi rasanya tentu tak sama dengan rasa asam laksa di tempat asalnya ini.

 

20 aktiviti menarik mesti cuba kalau anda pergi ke pulau pinang!

Kredit: Shutterstock

  

2.      Bukit Bendera

Di sinilah terletaknya landasan keretapi funikular yang mempunyai trek terowong paling curam di dunia dan terpanjang di Asia.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Penang Hill (Bukit Bendera) (@mypenanghill) on

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tourism Penang (@visitpenang) on

3.      Langur Way Canopy Walk

Rasai sendiri pengalaman berjalan di atas stressed ribbon bridge di altitude paling tinggi di dunia di jambatan gantung setinggi 40m yang terletak di The Habitat, di pinggir hutan di Bukit Bendera.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tourism Penang (@visitpenang) on

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Eng C. Lau (@engclau) on

4.      Nasi Kandar

Bayangkan keenakan nasi putih dengan campuran beberapa jenis kuah kari banjir, makan pula dengan ayam, ikan atau sotong. Terangkat! Nak rasa nasi kandar ori? Pulau Pinanglah tempatnya!

20 aktiviti menarik mesti cuba kalau anda pergi ke pulau pinang!

Kredit: Shutterstock

5.      Rainbow Skywalk

Cabar diri berjalan di atas lantai kaca tertinggi di Malaysia sepanjang 16m yang terletak di aras 68 bangunan KOMTAR. Lokasi ini merupakan tower curved skywalk pertama di dunia. Berani tak?

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Skywalk Penang (@rainbowskywalk) on

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by nurul chasanah (@norel08) on

6.      The Gravityz

Untuk anda yang gemarkan aktiviti mencabar bolehlah cuba rope course paling tinggi di dunia setinggi 239m yang terletak di bangunan KOMTAR. Baru tengok gambar dah kecut perut, kan?

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tourism Penang (@visitpenang) on

7.      Batu Ferringhi

Untuk anda yang sukakan pantai, mesti singgah di Batu Ferringhi yang berada dalam senarai ke-8 "World’s 21 Great Value Beach Destinations" oleh International Living. Macam-macam aktiviti pantai boleh dibuat di sini.  

 

20 aktiviti menarik mesti cuba kalau anda pergi ke pulau pinang!

Kredit: Shutterstock

8.       Mee Goreng Sotong

Pendek kata anda belum betul-betul sampai ke Pulau Pinang kalau belum cuba makanan ni.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by rushazalinazainal (@rushazalinazainal) on

9.      Cheong Fatt Tze Mansion

Rumah agam berusia lebih 130 tahun yang pernah dimiliki saudagar Cina suatu ketika dulu. Salah satu daripada "10 World's Greatest Mansions and Grand Houses" oleh Lonely Planet serta merupakan lokasi penggambaran filem Crazy Rich Asians dan filem Indochine.

10. Street Art

Tidak sah kunjungan ke Pulau Pinang kalau tak posing di lukisan di dinding sepanjang jalan. George Town juga merupakan satu-satunya destinasi Asia yang tersenarai dalam buku Lonely Planet, “Street Art”.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tourism Penang (@visitpenang) on

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tourism Penang (@visitpenang) on

11.  George Town

Nikmati keindahan George Town dengan beca dan rakam momen menarik di bandar yang tersenarai sebagai salah satu daripada 13 bandar tercantik di Asia oleh CNN.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tourism Penang (@visitpenang) on

12.  Escape's Waterplay

Ada yang tak sabar nak cuba gelongsor air terpanjang di dunia di Escape’s Waterplay? Taman tema air hanya akan dibuka Oktober nanti!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tourism Penang (@visitpenang) on

13.  Entopia by Penang Butterfly Farm

Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa juga pasti teruja memasuki kawasan perlindungan serangga dan rama-rama tropika pertama di dunia ni.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hera (@anisfarihaothman) on

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tourism Penang (@visitpenang) on

14.  Design Village Outlet Mall

Bukan je boleh jalan-jalan cari makan, anda boleh singgah untuk window shopping di outlet pusat membeli belah terbesar di Malaysia, Design Village Outlet Mall yang terletak di Bandar Cassia.

15.  Tech Dome Penang

Terokai dunia sains, teknologi dan aero angkasa di sini, bolehlah cuba sendiri gelongsor free-standing vertical drop pertama di dunia!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tech Dome Penang (@techdomepenang) on

20 aktiviti menarik mesti cuba kalau anda pergi ke pulau pinang!

Kredit: Tech Dome Penang

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tech Dome Penang (@techdomepenang) on

16.  Cendol

Dah penat berjalan sekitar Pulau Pinang, pastikan anda berehat melepas lelah dengan cendol resipi asli Pulau Pinang.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @mylittlefoodtravels on

17.  The Clan Jetties

Kunjungi perkampungan terapung di Pengkalan Weld sambil nikmati keindahan pemandangan laut.

20 aktiviti menarik mesti cuba kalau anda pergi ke pulau pinang!

Kredit: Shutterstock

18.  Tropical Spice Garden

Terdapat lebih 500 spesies tumbuhan yang boleh anda temui di sini. Selain melawat taman pada waktu siang, anda boleh mencuba aktiviti night walk dan kelas masakan di sini.

20 aktiviti menarik mesti cuba kalau anda pergi ke pulau pinang!

Kredit: Shutterstock

19.  Taman Negara Pulau Pinang

Taman negara terkecil di Malaysa tetapi antara yang mempunyai pemandangan terbaik dan mudah dikunjungi.  

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tourism Penang (@visitpenang) on

20.  Butterworth Art Walk

Bolehlah penuhkan instagram dengan 45 mural serta 10 karya seni di lorong sepanjang 200m ni. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FBJ (@fbjmobile) on

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alif Zamri (@alifzamre) on

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sabrunisha | Anak Malaysia 🇲🇾 (@iamnisya) on

Menarik kan? Macam-macam aktiviti yang anda boleh lakukan di Pulau Pinang ni. Boleh jalan-jalan cuci mata, makan-makan dan uji adrenalin. Dan sempena kempen Experience Penang Year (EPY) 2020 yang dilancarkan Kerajaan Pulau Pinang, sudah tentu ada banyak pengalaman menarik yang menanti untuk anda terokai!

Untuk anda yang merancang untuk terokai kepelbagaian Asia untuk menyambut keceriaan Tahun Melawat Malaysia 2020 ni, pastikan Pulau Pinang termasuk dalam senarai anda!  Memang rugi kalau tak pergi.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.