Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

omnomnom

5 Ragam Ketika Sahur

Anda yang mana?
Editor
30 May 2018, 10:00 AM

Kredit gambar utama: shutterstock

Siapa yang tidak teruja pada waktu berbuka, kalau boleh semua makanan hendak dibeli. Sampai ada kalanya penuh meja. Tu belum masuk air beraneka warna lagi. Berbeza pula dengan waktu sahur, ada yang cukup sukar untuk meninggalkan bantal dan tilam empuk. Ada pula yang sukar untuk terima makanan berat di waktu pagi. Antara 5 ragam manusia ini, anda jenis yang mana?

#1 Tak makan berat, cuma makan kurma atau sekadar minum air sahaja.

#2 Dah makan siap-siap sebelum tidur, tak perlu dah nak bangun awal pagi.

#3 Set jam setiap 10 minit sejak jam 4 pagi tetapi hanya terjaga 10 minit sebelum Subuh atau lebih teruk sejurus azan Subuh.

#4 Nak kejut punyalah susah tetapi kalau dah bangun, dialah yang makan paling banyak.

#5 Awal-awal puasa macam-macam menu dalam kepala, tetapi masuk minggu ke-2 puasa dah tiada idea makanan apa yang hendak disedia...

Kalau anda dah bosan, tak tahu nak makan apa ketika bersahur atau yang dah terbiasa tidak makan ketika sahur, apa kata anda cuba 3 resipi berasaskan oat ni.

Oat bukan sahaja kaya dengan bijirin penuh yang kaya vitamin B, zat besi serta serat makanan tetapi lengkap dengan 3 komponen iaitu bran, germa dan endosperma. Oatmeal juga mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah berbanding nasi bagi memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama.

Di dalam oat juga terkandung Beta-Glucan, sejenis serat larut yang membantu menurunkan kolesterol dan membantu mengelakkan masalah jantung. Paling penting kandungan seratnya yang tinggi boleh mengelakkan sembelit, sangat sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.

Wrap Ayam Mangga Rangup

5 ragam ketika sahur

Bahan-bahan:

  • 200gm Captain Oats Quick Cook Oatmeal
  • 200gm tepung
  • 5gm garam
  • 5gm lada hitam
  • 3 biji telur
  • 500gm kepingan ayam
  • 1 biji mangga (masak)
  • 100gm bawang merah
  • 50gm daun ketumbar
  • 50gm sos Sriracha
  • 250gm mayonis
  • 100gm tomato ceri
  • 200gm daun salad

Cara membuatnya:

  • Perap ayam bersama garam dan lada hitam, lumurkan ayam dengan tepung, telur dan oat. Potong mangga dengan bentuk kiub, hiris bawang merah, tomato ceri dipotong 2 dan basuh daun salad serta daun ketumbar. 
  • Untuk sos, campurkan sos Sriracha dan mayonis dan gaul sebati. Goreng ayam sehingga bertukar ke warna coklat keemasan. Bungkuskan ayam bersama daun ketumbar dan sos di dalam daun salad.

Sup Labu Oat

5 ragam ketika sahur

Bahan-bahan:

  • 1/4 cawan Captain Oats Rolled Oats
  • 3 cawan labu (dipotong)
  • 1 biji bawang (dicincang)
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak zaitun
  • Air

Cara membuat:

  • Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang. Tumis sehingga naik bau dan masukkan labu . Setelah labu masak, masukkan garam dan serbuk lada hitam.  Tambah Rolled Oats dan air. Hidang semasa panas.

Kaserol Ayam Brokoli Dengan Oat

5 ragam ketika sahur

Bahan-bahan:

  • 200g fillet dada ayam
  • 200g Captain Oats Quick Cook Oatmeal
  • 1 biji brokoli besar (potong dan bersihkan)
  • 500ml stok ayam
  • 200ml susu rendah lemak
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam laut (secukup rasa)
  • Serbuk lada hitam (secukup rasa)
  • Serbuk paprika (secukup rasa)
  • Serbuk bawang (secukup rasa)
  • Keju cheddar
  • Keju parmesan
  • Minyak Zaitun
  • Air untuk merebus oat

Cara membuat:

  • Masukkan oat ke dalam blender dan kisar sehingga halus. Masukkan oat tadi ke dalam bekas kaserol.  Kemudian, tumis bawang putih dengan minyak zaitun hingga naik bau. Masukkan ke dalam bekas kaserol.
  • Potong dada ayam menjadi beberapa bahagian, goreng seketika di dalam kuali bawang dengan api sederhana. Masukkan garam dan lada. Setelah bahan bertukar perang, masukkan ke dalam bekas kaserol.
  • Masukkan brokoli, stok ayam, susu, garam, serbuk lada hitam, serbuk bawang dan gaul. Tambahkan keju di atasnya. Tutup kaserol dengan aluminium foil dan bakar selama 30 minit pada suhu 180˚C. Setelah itu buka penutup aluminium dan teruskan membakar kaserol antara 5 ke 10 minit.

5 ragam ketika sahur

Anda boleh gunakan Captain Oats yang dihasilkan daripada oat semulajadi premium Australia yang dihasilkan dan diproses di kilang sendiri melalui proses OatiFresh™ bagi mengekalkan kesegaran dan tahap nutrien optimum semulajadi. Captain Oats telah mendapat pengiktirafan Halal Jakim dan jenama ini turut dipasarkan di Asia Tenggara, China, Asia Selatan, Timur Tengah dan Afrika.

Pemilihan makanan semasa bersahur amat penting bagi menentukan tahap kecergasan dan kesegaran tubuh badan anda ketika berpuasa. Jom kekal bertenaga dan cergas semasa Ramadan ini dengan Captain Oats yang kaya dengan serat makanan dan membekalkan keperluan nutrisi mencukupi sepanjang hari.

Layari website atau Facebook Captain Oats untuk info lanjut!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.