Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

omnomnom

4 Makanan Sahur Yang Anda Boleh Sediakan Lebih Awal, Barulah Tak Kelam Kabut Pagi-Pagi

Resipinya menarik, senang je untuk disediakan.
Editor
13 May 2019, 11:32 AM

4 makanan sahur yang anda boleh sediakan lebih awal, barulah tak kelam kabut pagi-pagi

Kredit : Captain Oats

Salah satu kebahagian orang berpuasa ialah ketika bersahur. Walaupun jika diikutkan hati ‘panggilan’ tilam tu lebih kuat tetapi apabila mengenangkan kebaikan bersahur sudah tentu ramai yang tidak mahu melepaskan peluang.

Tidak ramai yang berselera di waktu pagi, ialah nak buka mata pun susah bagaimana nak buka selera, kan? Dan dah tentu pemilihan menu bersesuaian, yang menarik dan lain daripada yang lain membantu menambah selera anda.

Anda inginkan kelainan? Jom cuba 4 menu berasaskan oat yang boleh anda sediakan sebelum tidur, takdelah terkejar-kejar waktu pagi untuk bersahur, kan?

#1 Crepe Roll Oat Dengan Kerabu Tuna

4 makanan sahur yang anda boleh sediakan lebih awal, barulah tak kelam kabut pagi-pagi

Kredit: Captain Oats

Bahan-bahan:

Crepe

  • 1 ½ cawan Captain Oat Segera
  • ¼ sudu teh garam
  • 1 biji putih telur
  • 1 sudu besar susu skim (susu tanpa lemak)
  • 1 ½ cawan air
  • 1 sudu teh minyak untuk menggoreng

Kerabu Tuna

  • ½ cawan tuna dalam air (ditapis)
  • ½ keping tauhu (panggang & potong nipis) 
  • ½ cawan tauge 
  • ¼ cawan lobak (dipotong panjang dan dihiris nipis)
  • ¼ cawan kacang buncis (dihiris nipis) 
  • 2 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • 2 tangkai cili padi (dihiris nipis)
  • 1 batang serai (dihiris nipis) 
  • ½ batang bunga kantan (dihiris nipis)
  • 1 sudu besar udang kering (dibasuh, dibakar hingga garing dan dikisar halus)
  • ¼ cawan kacang tanah (dibakar dan dikisar halus)
  • 1 sudu besar jus limau
  • ½ sudu teh lada hitam
  • ¼ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh gula

Cara membuatnya:

Crepe

  1. Campurkan kesemua bahan (kecuali minyak) di dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.
  2. Gunakan kuali leper tak melekat dan panaskan pada api sederhana, ambil sedikit minyak dan ratakan di kuali.
  3. Masukkan 4 sudu besar bancuhan tepung tadi ke dalam kuali, gerakkan kuali untuk meratakan adunan.
  4. Biarkan seketika sehingga crepe anda sedikit keperangan di kedua-dua bahagian dan angkat.
  5. Ulangi langkah ini sehingga bancuhan tepung habis.

Kerabu Tuna

  1. Masukkan tuna ke dalam mangkuk, masukkan kesemua bahan-bahan lain, gaul sebati dan letakkan di tepi.

Gulung

  1. Letakkan crepe di atas dulang bersih, masukkan 2 sudu besar kerabu dan gulungkan.
  2. Sedia untuk dihidangkan.

#2 Ketupat Oat

4 makanan sahur yang anda boleh sediakan lebih awal, barulah tak kelam kabut pagi-pagi

Kredit: Captain Oats

Bahan-bahan:

Ketupat

  • 150gm Captain Oat Cepat Dimasak
  • 150gm beras
  • 5 helai daun ketupat

Sambal

  • 30gm udang direndam di dalam air panas selama 20 minit
  • 50gm Captain Oat Cepat Dimasak
  • 100gm cili kering (dipotong kecil, dibuang biji sebelum direndam dalam air panas selama 20 minit dan ditoskan)  
  • 100gm atau 4 batang lada merah (dibuang biji)
  • 200gm bawang merah (dikupas)
  • 5 tangkai cili burung
  • 100gm bawang putih (dikupas)
  • 2 sudu teh garam
  • 50gm gula

Cara membuatnya:

Ketupat

  1. Campurkan beras dengan Captain Oat Cepat Dimasak sebelum cuci.
  2. Masukkan ke dalam daun ketupat sehingga separuh penuh.
  3. Didihkan air dan masak ketupat selama 1 jam. Setelah masak, angkat dan toskan.
  4. Letak sebelah sekurang-kurang 1 jam.
  5. Ketupat anda sedia dimakan bersama lauk pauk. Ketupat yang tidak habis boleh disimpan di dalam peti sejuk antara 4 ke 5 hari.

Sambal

  1. Kisar bahan-bahan tadi sehingga menjadi pes dan masukkan minyak sedikit demi sedikit untuk mesrakan bahan-bahan tadi.  
  2. Panaskan minyak dan masukkan pes sambal. Tumis sehingga sambal garing (bertukar menjadi merah gelap) dalam anggaran masa 10 minit.
  3. Masukkan garam dan gula.
  4. Masak selama 20 minit, pastikan anda kacau sambal ini agar tidak hangit. Waktu ini, sepatutnya sambal anda telah pecah minyak.
  5. Sambal boleh disimpan di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk selama 2 minggu atau di dalam peti sejuk beku selama 3 bulan.

#3 Penkek Oat

4 makanan sahur yang anda boleh sediakan lebih awal, barulah tak kelam kabut pagi-pagi

Kredit: Captain Oats

Bahan-bahan:

  • ¼ cawan tepung serbaguna
  • 1 cawan Captain Oat Cepat Dimasak
  • 1 sudu besar gula
  • ½ sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh baking soda
  • ⅛ sudu teh garam
  • ½ cawan susu mentega tanpa lemak
  • 2 sudu besar mentega (dicairkan)
  • 1 biji telur (saiz A)
  • Spray masakan
  • Strawberi (hiasan)
  • Blueberi (hiasan)

Cara membuatnya:

  1. Campurkan tepung serbaguna, Captain Oat Cepat Dimasak, gula, baking powder, baking soda dan garam ke dalam mangkuk dan kacau menggunakan mixer.
  2. Satukan susu mentega, mentega dan telur di dalam bekas kecil dan masukkan ke dalam campuran tepung. Kacau bahan-bahan ni sehingga adunan lembap.
  3. Panaskan kuali leper anti lekat di atas api sederhana. Spraykan sedikit minyak dan ratakan di kuali.
  4. Ceduk bancuhan tadi dalam anggaran 2 ½ sudu teh dan masukkan ke dalam kuali. Biarkan seketika sehingga bahagian atasnya dipenuhi bubble, penkek anda boleh diangkat apabila bahagian bawahnya bertukar menjadi sedikit kecoklatan.
  5. Masukkan penkek ke dalam piring dan hias dengan strawberi serta blueberi. Penkek anda sedia dimakan!

#4 Biskut Oat & Kurma

4 makanan sahur yang anda boleh sediakan lebih awal, barulah tak kelam kabut pagi-pagi

Kredit: Captain Oats

Bahan-bahan:

  • 100gm Captain Oat Segera
  • 100gm tepung gandum
  • 100gm kurma (dicincang)
  • 50gm gula perang
  • 100gm minyak masak
  • 1 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh baking soda
  • 2 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya:

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. Kisar kasar oat segera dan masukkannya ke dalam mangkuk.
  3. Tambah tepung gandum, baking powder dan baking soda ke dalam mangkuk berisi oat. Gaul bahan tadi sehingga rata.
  4. Gunakan mangkuk lain, gaulkan minyak, gula, kurma dan esen vanila hingga sebati.
  5. Masukkan campuran tepung ke dalam mangkuk dan gaul sehingga adunan menjadi doh.
  6. Uli doh dengan tangan. Kemudian bentukkan bebola kecil dan tekan bebola menggunakan garfu.
  7. Ulangi langkah ini sehingga doh habis.
  8. Susun di dalam dulang pembakar dan bakar antara 10 ke 12 minit pada suhu 160 °C.
  9. Setelah siap, biarkan biskut anda sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Menarik kan resipi berasaskan oat ni? 

Bukan je sedap tetapi mengenyangkan dan sangat sesuai diambil ketika bersahur. Iyalah, bosan juga jika setiap hari makan nasi kan?

4 makanan sahur yang anda boleh sediakan lebih awal, barulah tak kelam kabut pagi-pagi

Selain daripada Oat Segera, Oat Cepat Dimasak dan Rolled Oat Klasik, Captain Oats kini hadir dengan produk terbaharu, Rolled Oat Segera yang lebih mudah disediakan. Hanya tambahkan air panas dan biarkan seketika untuk nikmati rasa yang sama dengan Rolled Oat Klasik.

Kesemua produk Captain Oats ini juga rendah indeks glisemik, membuatkan anda rasa kenyang lebih lama. Produk-produk Captain Oats juga mengandungi serat larut iaitu beta-glucan yang membantu merendahkan kolesterol LDL di dalam sistem darah. Oat juga tinggi dengan serat makanan yang baik untuk pencernaan anda!

4 makanan sahur yang anda boleh sediakan lebih awal, barulah tak kelam kabut pagi-pagi

Memang sesuai diambil sebagai hidangan bersahur sepanjang bulan Ramadan ni. Jom Oat bersama dengan Captain Oats! Untuk info lanjut, klik di sini.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.