Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

omnomnom

Masak Tanpa Api? 4 Tip Dan 2 Resipi Ni Mesti Tau

Memang senang, makanan pun panas sampai petang.
Editor
01 Jun 2018, 09:33 AM

Kerja memasak memang enteng sekarang ni, potong-potong dan masukkan ke dalam periuk dan biar je makanan masak sendiri, tak perlu risau hangit. Bolehlah anda buat kerja lain. Sebelum kami cerita tentang cara masak, jom intai tip penting untuk memasak style ini.

#1 Daging dan ayam mestilah telah didefrost terlebih dahulu supaya setiap bahagian masak sekata. Bahaya jika masukkan makanan yang masih beku kerana mengundang bakteria. Bakteria boleh membiak pada suhu 4.4˚C ke 60˚C.

#2 Anda boleh potong dan masukkan kesemua bahan ke dalam periuk berisi air panas yang telah didihkan terlebih dahulu, tetapi jika inginkan rasa yang lebih lazat, tumis seketika bahan-bahan ini di atas api.

#3 Jangan masukkan bahan masakan sehingga memenuhi periuk. Sebaik-baiknya bahan masakan tidak melebihi ⅔ daripada periuk.

#4 Pastikan periuk ditutup rapat bagi mengelakkan kehilangan suhu yang menyebabkan makanan anda tidak masak sempurna.

Memang senang memasak dengan cara ini. Nak tahu apa rahsianya? Koleksi periuk terbaharu Thermos Shuttle Chef dengan teknologi insulasi vakum yang dihasilkan dengan 304 keluli tahan karat berkualiti. Tak percaya? Lihat sahaja video ini.

Jenama Thermos telah berada di pasaran lebih 100 tahun atau lebih tepat lagi 114 tahun pengalaman. Jenama ni cukup terkenal sebagai peneraju inovasi dalam bidang teknologi insulasi vakum yang menggunakan teknologi masakan insulasi termal bagi mengekalkan suhu secara efisyen. Bolehlah anda sediakan makanan sebelum ke tempat kerja dan apabila pulang, makanan anda bukan sahaja siap dimasak tetapi masih panas dan boleh terus dinikmati.

Bolehlah anda cuba hidangan pencuci mulut ini.

Memang mudah, menjimatkan masa, elektrik dan gas! Anda hanya perlu masa yang singkat untuk mendidihkan makanan secara tak langsung dapat mengurangkan masa memasak ⅔ lebih cepat daripada biasa.

masak tanpa api? 4 tip dan 2 resipi ni mesti tau

Anda juga dapat menghidangkan makanan berkualiti pada bila-bila masa tanpa perlu memanaskannya berulang kali bagi melindungi rasa, tekstur dan nutrisi makanan. Paling penting, anda tidak perlu risau tentang aspek keselamatan kerana Thermos Shuttle Chef tidak menggunakan api mahupun elektrik sepanjang proses termal.

masak tanpa api? 4 tip dan 2 resipi ni mesti tau

Anda hanya perlu didihkan kesemua bahan di dalam inner pot, masukkan inner pot ke dalam periuk luar untuk proses memasak menggunakan insulasi termal dan tutup periuk dengan kemas bagi membolehkan makanan anda masak dengan sempurna.

Apa tunggu lagi? Jom dapatkan Thermos Shuttle Chef hari ini! Anda boleh dapatkan 20% diskaun untuk pembelian mulai 1 hingga 17 Jun 2018 dengan menggunakan kod promosi P20ANGAH untuk pembelian di http://bit.ly/ThermosBuburLambuk.

Layari Facebook Thermos Malaysia untuk info lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.