Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

Ini Maksud Sebenar Jerawat Yang Tumbuh Di Muka Anda

17 Dec 2018, 01:31 PM

ini maksud sebenar jerawat yang tumbuh di muka anda

Antara masalah kulit yang paling tidak disukai oleh wanita adalah jerawat. Apabila kulit muka ditumbuhi jerawat boleh membuatkan wanita rasa tidak selesa dan keyakinan diri menurun.

Jerawat bukan sahaja tumbuh pada wajah tapi ada yang kena ’serang’ di tubuh. Dan anda wajib tahu tempat tumbuh jerawat ada maksud tersendiri. Jom bongkar rahsia ini dan belajar cara atasinya. 

via GIPHY

Pipi

Biasanya wanita yang mengalami masalah hormon cenderung tumbuh jerawat pada bahagian pipi dan sekitar rahang. Jangan pandang mudah soal ini kerana boleh mengundang masalah kesihatan.

Malah, menurut sumber jerawat pada bahagian tulang pipi (atas) biasanya dikaitkan dengan sistem pernafasan. Manakala bahagian pipi bawah pula adalah satu petanda masalah gigi dan mulut. Ia juga berkemungkinan disebabkan geseran dengan permukaan telefon bimbit, sarung bantal atau berus mekap.


Cara atasi:
Dapatkan nasihat doktor, ada kala ubat yang diambil menyebabkan hormon tidak seimbang seperti pil perancang keluarga.

Jika wajah anda selalu terdedah kepada habuk dan cahaya matahari akibat kerja luar, utamakan kebersihan wajah setiap hari.

Pastikan barang seperti telefon bimbit, sarung bantal dan berus mekap bersih.


Hidung & Zon-T 

Zon-T adalah kawasan muka di antara 2 kening dan hidung. Bahagian ini terdapat banyak kalenjar minyak berbanding bahagian lain pada wajah. Tak hairanlah jerawat lebih selalu ‘naik’ pada bahagian ini. Jerawat pada hidung dikaitkan dengan tahap kesihatan buah pinggang dan hati.

Cara atasi:
Pastikan anda menjaga pemakanan
Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam
Pilih sumber protein yang berkualiti
Tingkatkan pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan
Jauhi alkohol


Dahi

Jerawat di bahagian ini tumbuh kerana anda mengalami stres dan tubuh keletihan. Darah juga tidak lancar dan suhu badan agak tinggi. Kawal emosi dan tenangkan diri.


Cara atasi:
Tidur awal dan rehatkan tubuh.
Jika perlu, lakukan urutan untuk meredakan tekanan.
Minum banyak air putih.


Dagu

Jerawat pada bahagian ini menunjukkan salah satu tanda ketidakseimbangan hormon. Kemungkinan anda tidak mendapatkan tidur yang cukup, makan secara tidak seimbang atau mempunyai kitaran haid yang tidak tetap.


Cara atasi:
Bincang dengn doktor untuk membantu menetapkan kitaran haid dengan menggunakan pil perancang atau alternatif lain yang selamat.


Belakang Badan, Lengan & Peha 

Ini tandanya banyak toksin dalam tubuh anda. Kulit menjadi berminyak dan jerawat mudah tumbuh. Bahagian belakang, lengan dan peha juga selalu disebabkan paras turun naik hormon dan genetik. Namun, ia juga berpunca daripada faktor luaran seperti peluh, jenis sabun badan yang digunakan, kesesuaian sabun pencuci baju serta cara menjaga kebersihan badan.


Cara atasi:

Lakukan detoks sama ada mengamalkan minum air putih atau minuman detoks yang dapat membuang toksin.
Sauna dan bersukan juga aktiviti yang dapat mengeluarkan toksin daripada tubuh.
Jika anda berkulit sensitif, pastikan anda menggunakan bahan semulajadi.


Sekitar Anak Rambut

Jerawat kalau tumbuh bahagian ini, anda mungkin menghadapi masalah suhu badan yang tinggi. Kekurangan air dalam tubuh antara faktor yang menyebabkan perkara ini. Ada juga yang mengatakan pengambilan jamu dan herba yang berlebihan menyebabkan pertumbuhan jerawat di bahagian ini.


Cara atasi:

Kurangkan pengambilan herba, minum air putih secukupnya.

Kredit : Mingguan Wanita.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.