Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

“Sebak Sayu Rasa Hati,” Ebit Lew Sanggup Redah Hujan Beri Bantuan Peniaga Bazar Ramadan!

Hebat betul la ustaz!
nura
15 Apr 2021, 02:23 PM

Sejak kebelakangan ini, hujan lebat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang pada lewat petang sudah tentu menjejaskan peniaga bazar Ramadan.

Ujian bulan Ramadan yang mereka hadapi ini amat terasa apabila modal yang telah dilaburkan pergi begitu sahaja. 

Namun, situasi keruh tersebut bertukar menjadi lebih baik apabila kehadiran pendakwah bebas, ustaz Ebit Lew muncul memberi bantuan. 

“sebak sayu rasa hati,” ebit lew sanggup redah hujan beri bantuan peniaga bazar ramadan!

Sikap ustaz Ebit Lew yang suka membantu golongan yang memerlukan tidak lagi asing dengan rakyat Malaysia. Dalam kejadian pada petang Rabu, ustaz Ebit Lew tampil memberi bantuan kepada peniaga bazar Ramadan di Wangsa Maju yang terjejas akibat hujan lebat dan ribut.

“Sebak sayu rasa hati semalam bila tengok khemah makcik jual Yong Tau Fu di Wangsa Maju runtuh rosak diterbangkan angin waktu hujan ribut kuat semalam. 

“Baru hari pertama berniaga. Semuanya rosak. Dekat RM800 juga semuanya modal. Berat ujian mereka. Disinilah rezeki dan harapan mereka. Ujian mereka,” tulisnya di akaun media sosial miliknya.

“sebak sayu rasa hati,” ebit lew sanggup redah hujan beri bantuan peniaga bazar ramadan!

“sebak sayu rasa hati,” ebit lew sanggup redah hujan beri bantuan peniaga bazar ramadan!

Bahkan, Ebit Lew turut membeli tujuh buah khemah baharu khas buat para peniaga di bazar Ramadan itu serta memberi duit belanja kepada sebahagian mereka.

“Saya belikan 7 khemah baru beli untuk mereka buat 7 peniaga yang tiada khemah. Berikan sedikit duit belanja buat sebahagian peniaga.

“Betapa besar harapan seorang peniaga menanti bazar Ramadhan ini. Dengan nak dapat tapak. Ramai yang nak masuk. Dengan keadaan COVID-19 sekarang.

“Bila saya beri sedikit duit tadi wajah makcik ni berubah sebak sayu jer. Ucap terima kasih. Gembira rasa dapat melihat beberapa peniaga gembira hari ini,” tulisnya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

 

Tambahnya lagi, Ebit Lew sempat membeli juadah berbuka daripada tiga gerai di bazar tersebut. 

“Saya borong dekat 3 kedai tadi. Beli makanan mereka dengan bekas-bekas saya pinjam dahulu sebab nak jamu orang buka puasa. 

“Melihat senyuman mereka buat saya gembira. Ada ibu tunggal. Ada bawa anak tolong berniaga,” tulisnya lagi.

“sebak sayu rasa hati,” ebit lew sanggup redah hujan beri bantuan peniaga bazar ramadan!

Sesudahnya, Ebit Lew turut menitipkan doa buat peniaga bazar Ramadan dan pasar malam supaya dipermudahkan urusan mereka dalam mencari rezeki halal.

“Saya doakan Allah berkatkan dan mudahkan buat semua peniaga Bazar Ramadhan dan Pasar malam di seluruh Malaysia,” ujarnya.

Sumber: Instagram / Facebook Ebit Lew
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.