Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

5 Nikmat Ramadan Yang Ramai Orang Ambil Mudah!

Nikmat manakah yang kita dustakan?
Editor
10 May 2019, 01:59 PM

5 nikmat ramadan yang ramai orang ambil mudah!

Kredit: Shutterstock

Umat Islam sudah tentu tidak sabar menanti bulan ke-9 yang bulan penuh keberkatan, menjanjikan pahala berlipat kali ganda. Menjelang Ramadan, masjid-masjid ibarat pesta keraian. Itu belum lagi masuk bab bazar dan bufet makanan di sana sini.

5 perkara ini nampak kecil, tetapi tidak semua orang dapat merasainya. Dan ramai yang masih tidak mensyukuri setiap nikmat yang diberi. 

#1 Syurga Dunia

Apa sahaja makanan yang terlintas di fikiran, ada di bazar Ramadan. Tetapi sedarkah kita di luar sana masih ada golongan miskin yang hanya mampu berbuka dengan nasi berlauk garam dan air kosong, ada ibu yang terpaksa mengikat perut dan ada bayi kecil yang menangis kelaparan?

#2 Panasnya! Tak Laratlah

Kerja di dalam pejabat berpenghawa dingin atau bangunan bertutup, lengkap dengan kipas tetapi masih merungut lapar dan panas. Sedangkan ada saudara kita di luar sana bekerja di bawah terik matahari dari pagi hingga dini hari.

#3 Kelengkapan Raya Pun Dah Tersedia

Sebelum Ramadan lagi kita dah selesai kelengkapan berhari raya, iyalah kalau boleh tidak mahu meredah trafik dan berpanas sepanjang puasa. Sedangkan di luar sana ada yang masih belum menemui tempat tidur yang selamat dari hujan dan panas.

#4 Dilarang Puasa

5 nikmat ramadan yang ramai orang ambil mudah!  

Kredit: Shutterstock

Kita di Malaysia bebas beramal, tiada masalah untuk jalani ibadat puasa dan tidak perlu takut untuk ke masjid. Tetapi di luar sana, ada saudara kita yang ditindas, dihalang daripada berpuasa dan bersolat. Segalanya perlu dilakukan secara bersembunyi.

#5 Nyawa Jadi Taruhan

5 nikmat ramadan yang ramai orang ambil mudah!

Kredit: Shutterstock

Nak bersahur dan berbuka di mana, tiada yang menghalang. Boleh pilih masjid yang berkenan di hati, yang sediakan menu menarik atau pun imam dengan bacaan yang menusuk ke kalbu. Sedangkan ada saudara Islam yang lain terpaksa berbuka dan bersolat tarawih dalam ketakutan dan ada yang terpaksa pertaruhkan nyawa seperti saudara di Palestin dan Syria.

Nikmat mana lagi yang hendak kita dustakan? Tidakkah kita bersyukur melihat nikmat melimpah ruah yang kita terima, tak terbanding dengan kesusahan dan keperitan yang saudara seislam yang lain?

Sebaiknya kita berkongsi nikmat yang diperolehi terutamanya di bulan Ramadan ini dengan membantu mereka yang memerlukan.

Antara bantuan yang boleh diberikan adalah melalui Aman Palestin yang mengadakan kempen Ramadan Bersama Palestin untuk memberi sumbangan sahur di Palestin, berbuka puasa, imarah masjid Al-Aqsa, sumbangan duit raya dan bantuan untuk Syria.

Anda boleh memilih untuk menyumbang RM50, RM500 atau mengisi Tabung Ramadan Kareem dalam jumlah terbuka. Hasil daripada kempen ini akan dibahagikan mengikut kawasan dan barang-barang sumbangan.

Anda yang ingin menyumbang, ada 4 cara yang boleh dilakukan:

1)      Muat turun aplikasi JOM MENYUMBANG (Android) dan AMAN PALESTIN BERHAD (IOS).

2)      Gunakan aplikasi e-wallet Boost dengan hanya mendapatkan QR code di media sosial Aman Palestin, imbas kod QR dan masukkan jumlah sumbangan yang ingin diberikan.

3)      Sumbangan secara fund transfer. Nombor akaun boleh didapati di laman sosial Aman Palestin.

4)      Atau anda boleh lawati laman sesawang Aman Palestin di www.amanpalestin.net untuk menyumbang.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.