Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

5 Anak Malaysia Ni Memang Power! Diiktiraf Dalam & Luar Negara

Bukan calang-calang orang boleh lakukan seperti mereka.
Editor
16 Jul 2018, 10:35 AM

Apa kejayaan paling besar dalam hidup anda? Sedangkan kejayaan skala ‘keluarga sendiri’ pun kita dah tersenyum bangga kerana dapat memberi sumbangan, inikan pula kejayaan di peringkat antarabangsa yang secara tak langsung membanggakan Malaysia. Tak senang nak senang, tetapi cukup senang untuk susah. Jom jadikan kisah kejayaan 5 individu ini inspirasi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

 

#1 Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim

5 anak malaysia ni memang power! diiktiraf dalam & luar negara

Kredit: 1malaysia.com.my

Anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini telah berhijrah ke Amarika Syarikat untuk mendalami bidang sains dan teknologi pada usia 18 tahun dengan mula bekerja sebagai pencuci kanta di sebuah makmal sebelum menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik, kejuruteraan bioperubatan dan kejuruteraan biologi.

Beliau terpilih mengetuai projek SporeSat, sebuah projek NASA Small Satelit yang dilancarkan pada tahun 2014 dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang melancarkan satelit pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) ke angkasa lepas.

#2 Prof Dr Faridah Awang

5 anak malaysia ni memang power! diiktiraf dalam & luar negara

Kredit: idaawang.net

Anak kelahiran Endau, Johor ini telah dilantik sebagai satu-satunya wanita Muslim antarabangsa dengan pangkat profesor penuh dalam bidang Teknologi dan Komunikasi Korporat, Fakuti Pentadbiran, Pemasaran dan Perniagaan Antarabangsa di Universiti Eastern Kentucky, Amerika Syarikat.

#3 Dr Oon Chern Ein

5 anak malaysia ni memang power! diiktiraf dalam & luar negara

Kredit: sea-globe.com

Seorang ibu, isteri dan pengarah kanan Universiti Sains Malaysia ini mengharumkan nama Malaysia setelah meraih dua kejayaan di peringkat kebangsaan dan di peringkat Asia Tenggara. Kajiannya mengenai kanser telah melayakkannya diiktiraf sebagai wanita pertama memenangi Anugerah Wanita Masa Hadapan-Asia Tenggara 2018 bagi kategori Sains, Teknologi dan Digital dan dinobat sebagai Saintis Muda Negara 2018 oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). 

#4 Dato’ Dr Afifi al-Akiti

5 anak malaysia ni memang power! diiktiraf dalam & luar negara

Kredit: Wikipedia

Pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom. Beliau merupakan anak Melayu pertama bergelar pensyarah di universiti paling berprestij di dunia. Beliau merupakan penerima Anuerah Perdana Maulidur Rasul 2017 dan pernah mendapat pengiktirafan dunia apabila fatwa tulisannya menjadi slah satu rujukan utama. 


#5 Kiki Poh

5 anak malaysia ni memang power! diiktiraf dalam & luar negara

Kredit: Star2.com

Kejayaan anak kelahiran Johor Bahru terlibat dengan Pixar Animation Studios bermula ketika dia sedang melanjutkan pelajaran di Savannah College of Art and Design di Georgia. Permohananya untuk menjadi intern di Pixar diterima. Bermula daripada Toy Story 3 kepada Monsters University, Inside Out dan Cars 3, anak Malaysia ini membuktikan dia mampu memberi sumbangan kepada Pixar dan mengharumkan nama negara.

Kejayaan yang dinikmati 5 anak Malaysia ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dikecapi. Dengan ilmu pengetahuan dan usaha keras, kejayaan boleh menjadi milik anda. Paling penting, anda perlulah mempunyai minat dan cita-cita mendalam dalam bidang dipilih. Rancang kewangan lebih awal agar kewangan bukan lagi masalah.

Paling mudah, pastikan anda jadikan SSPN-i PLUS, sebagai simpanan masa depan agar cita-cita dapat direalisasi tanpa kekangan kewangan. Dengan adanya SSPN-i Plus ni, anda layak memohon PTPTN untuk menyambung pengajian. Banyak kelebihan SSPN-i Plus ni bukan sahaja untuk anda tetapi untuk ibu bapa dan ibu bapa angkat/penjaga yang sah dari segi undang-undang.

1)      Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM12,000, kadar dividen SSPN-i PLUS yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan!

2)      Manfaat kematian atau ilat kekal sehingga RM1 juta dan menerima manfaat khairat kematian bagi pendeposit termasuk pasangan dan 3 orang anak. Simpanan ini juga dijamin kerajaan!

3)      Kadar bayaran bulanan pun mengikut kemampuan! Anda boleh memilih beberapa pakej yang ditawarkan mengikut kadar kemampuan bayaran bulanan dengan pakej terendah RM30 iaitu Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilai tanpa perlu pemeriksaan kesihatan dan untuk pakej Berlian, anda hanya perlu menjawab tiga soalan kesihatan.

5 anak malaysia ni memang power! diiktiraf dalam & luar negara

Kredit: facebook/sspniplusrasmi

4)      Insentif kepada semua pelajar yang berumur 7 hingga 12 tahun pada tahun 2018 sebanyak RM500 dalam bentuk simpanan SECARA PERCUMA. Ibu bapa/penjaga juga tidak perlu membuat permohonan untuk mendapatkan insentif ini. Cukup sekadar membuka akaun atau membuat penambahan deposit sekurang-kurangnya RM500 tahun ini (tempoh 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018) untuk melayakkan anak mereka menikmati insentif ini.

5 anak malaysia ni memang power! diiktiraf dalam & luar negara

Kredit: facebook/sspniplusrasmi

5)      Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2018. Menjanjikan lebih RM2,000,000 hadiah untuk dimenangi. Kali ini terdapat 3 kategori cabutan iaitu Cabutan Bulanan, Cabutan Sukuan dan Cabutan Tahunan. Antara hadiah menarik yang ditawarkan pada kali ini termasuk pakej percutian keluarga bernilai sehingga RM4,000 dan wang tunai RM1,500 serta hadiah wang tunai sehingga RM100,000!

5 anak malaysia ni memang power! diiktiraf dalam & luar negara

Kredit: facebook/sspniplusrasmi

Apa tunggu lagi. Jom buka akaun SSPN-i Plus hari ini! Layari website dan Facebook SSPN-i Plus untuk info lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.