Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

“Kali Ini Menangis Lebih Sikit,” Siti Nurhaliza Kongsi Perjalanan Proses IVF Kandungan Anak Kedua

Tujuan perkongsian beliau adalah ingin memberi harapan kepada mereka yang mengalami situasi yang sama seperti dirinya.
Editor
12 Jan 2021, 03:07 PM

Sempena hari kelahirannya pada Isnin lalu, penyanyi tersohor tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi perjalanan proses persenyawaan in vitro fertilization (IVF) bagi kandungan anak keduanya. 

“kali ini menangis lebih sikit,” siti nurhaliza kongsi perjalanan proses ivf kandungan anak kedua

Sebuah video vlog berdurasi 15 minit telah dimuat naik menerusi saluran Youtube, beliau turut berkongsi pelbagai detik-detik manis dan pahit serta cabaran yang dilaluinya sepanjang proses melakukan IVF.

Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tok Ti, 41, meluahkan, beliau banyak menangis berbanding proses sama yang dilakukannya ketika mengandung Siti Aafiyah Khalid dua tahun lalu. 

Beliau yang turut berkongsi perjalanan IVF kali ini kerana mahu memberi harapan kepada mereka yang mengalami situasi yang sama seperti dirinya.

“kali ini menangis lebih sikit,” siti nurhaliza kongsi perjalanan proses ivf kandungan anak kedua

"Pada dasarnya, ini adalah proses yang sama saya lalui semasa mengandungkan Aafiyah. Tetapi dengan dia (Aafiyah), saya tidak merasa terlalu banyak menangis, tetapi kali ini saya lebih banyak menangis sebab usaha saya bersama suami berjaya.

"Bukan mudah untuk mendapat zuriat namun kita haruslah percaya dengan rezeki Allah SWT dan terus berusaha untuk mendapatkan apa yang dimahukan.

"Ada juga beberapa peminatnya memberi komen menyatakan mereka juga mengalami situasi yang sama iaitu masih menanti zuriat dan memohon doa supaya urusan mereka dipermudahkan sama seperti TokTi," katanya dalam vlog 

Rakaman video tersebut mendokumentasikan dari awal proses memasukkan embryo ke dalam rahimnya sehingga keputusan kehamilan beliau yang sah.

Selepas enam hari proses itu dilakukan, ujian kehamilan tidak menunjukkan tanda-tanda kehamilan, namun selepas seminggu, Siti mengambil ujian kali ketujuh dan hasilnya seakan-akan positif namun masih kelihatan kabur.

“kali ini menangis lebih sikit,” siti nurhaliza kongsi perjalanan proses ivf kandungan anak kedua

"Doktor nasihatkan saya supaya membuat ujian kehamilan selepas 10 hari, tetapi saya tidak sabar sejak mengandung Aafiyah lagi.

"Sejak hari ke enam proses IVF Siti mahu lihat hasil dan pada awal tidak nampak hasil sehingga ujian kehamilan yang ketujuh. Ketika ini ada nampak tetapi masih kabur. Selepas itu baru Siti guna ujian kehamilan Clearblue dan menampakkan hasil yang amat positif.

"Tetapi jika mahu tahu keputusan yang sahih adalah melalui ujian darah. Jadi, saya buat ujian darah dirumah sahaja untuk mengetahui keputusan proses IVF dan kena tunggu dalam tempoh tiga jam.

"Ujian darah pertama memang mengesahkan yang saya hamil, namun doktor agak tidak berpuas hati sebab bacaannya agak rendah dan doktor sarankan agar saya lakukan ujian darah kali kedua.

"Saya buat ujian darah yang kedua dan Alhamdulillah bacaan kali ini amat menyakinkan dan akhirnya saya disahkan hamil, syukur," luah Siti dalam nada sebak.

Tok Ti mengesahkan beliau hamil anak keduanya pada 1 Disember lalu dan kini kandungan beliau hampir memasuki lima bulan.

Sumber: Youtube Siti Nurhaliza // Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.