Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Cantik Tarikh Lahir 11.11.2020 Jamal Abdillah Timang Cahaya Mata Keempat Pada Usia 61 Tahun!

Tahniah Jamal Abdillah dan isteri!
Editor
11 Nov 2020, 06:13 PM

Penyanyi ternama tanah air, Jamal Abdillah meraikan kehadiran cahaya mata pada tarikh istimewa ini.

Bayi yang selamat dilahirkan isterinya, Datin Zai Izzati pada tarikh 11.11.2020 merupakan anak keempat bagi seniman berusia 61 tahun itu.

cantik tarikh lahir 11.11.2020 jamal abdillah timang cahaya mata keempat pada usia 61 tahun!

Memetik Awani, ketika berkongsi berita gembiranya itu Jamal Abdillah berkata, beliau amat bersyukur pada Allah kerana diberikan cahaya mata.

"Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Menerima anak pada usia sebegini adalah rahmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Saya dan isteri menerima kelahiran ini dengan penuh rasa syukur," kata Jamal kepada Astro AWANI.

Nama yang diberikan kepada cahaya mata keempatnya ialah El Isaac Yamani yang menjadi pelengkap kebahagiaan beliau dan isteri serta tiga anaknya yang lain.

El Issac Yamani yang sudah mempunyai panggilan timangan iaitu Zack iaitu nama karakter Jamal dalam filem Azura dilahirkan sempurna dan sihat. Berdasarkan perkiraan tarikh yang dibuat oleh doktor sebelum ini, Jamal berkata, isterinya pada awalnya dijangka melahirkan anak mereka pada 17 November ini.

Namun, beliau dan isteri, Zai Izzati berkata sepakat untuk melakukan pembedahan kelahiran pada 11 November (hari ini) kerana tarikhnya sangat unik dan amat istimewa.

"Kami ambil tarikh 11.11.2020 kerana mudah untuk ingat tarikh lahir Zack nanti,” cerita Jamal lagi.

Selain Zack yang dilahirkan di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak pada tarikh istimewa hari ini, anak ketiga Jamal iaitu Nur Azura Yamani juga dilahirkan pada hari yang mudah diingati iaitu pada 10.10.2019. 

Bahkan anak sulung beliau, Osma Yamani turut bahagia menerima berita kelahiran adik bongsunya itu.

Jamal dan Zai Izzati, 25, mendirikan rumah tangga pernikahan pada 1 April 2017.

Penyanyi Kekasih Awal Dan Akhir itu sebelum ini memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13 menerusi perkahwinan sebelum ini manakala Azura merupakan anak perempuan tunggal buat beliau.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.