Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

David Beckham Dan Isteri Dipercayai Positif COVID-19 Pada Mac Lalu

Pasangan berkenaan dilaporkan pernah dijangkiti wabak COVID-19 selepas menghadiri sebuah parti di Los Angeles pada Mac lalu.
Editor
09 Sep 2020, 03:31 PM

Pemain bola sepak terkemuka, David Beckham dan isterinya, Victoria dilaporkan pernah dijangkiti wabak COVID-19 selepas menghadiri sebuah parti di Los Angeles, California pada Mac lalu.

david beckham dan isteri dipercayai positif covid-19 pada mac lalu

Menurut laporan berita MailOnline, pemain legenda bola sepak berusia 45 tahun itu dan isterinya, 46, amat bimbang sekiranya mereka dianggap sebagai penyebar utama wabak tersebut.

Ia berikutan kakitangan pasangan itu didapati dijangkiti virus berkenaan selepas membuat penerbangan ke beberapa negara selama dua minggu bersama dengan anak-anak mereka.

Beckham sekeluarga menaiki kapal terbang dari Los Angeles ke United Kingdom demi menganjurkan sebuah pesta sambutan ulang tahun kelahiran anak lelakinya, Brooklyn, 21 pada 4 Mac lalu di Cotswolds.

david beckham dan isteri dipercayai positif covid-19 pada mac lalu

Difahamkan mereka kembali ke Amerika Syarikat pada 11 Mac susulan pelancaran kelab bola sepak baharu Beckham, Inter Miami di Florida lalu terbang semula ke Cotswolds pada 19 Mac, sebelum perintah berkurung dikuatkuasakan.

Menurut sumber, Beckham dan isterinya, Victoria,dilaporkan mula berasa tidak sihat dan mengalami simptom seperti sakit tekak serta suhu badan yang tinggi.

"Pasangan itu telah menghadiri dua majlis kerana mempunyai kerja-kerja promosi dan mereka turut berjabat tangan serta mencium para peminat, termasuk beberapa orang kenamaan,” katanya.

david beckham dan isteri dipercayai positif covid-19 pada mac lalu

Kesemua mereka turut dilaporkan menjalani kuarantin sendirii di kediaman mereka selama 14 hari sebelum ini. Malah, rakan karib Victoria, mendedahkan pasangan itu menambah dua minggu lagi tempoh kuarantin kerana bimbang menjadi penyebar utama virus tersebut.

Sebelum terbang bercuti ke Greece dan Itali, pasangan berkenaan turut menjalani ujian swab bagi memastikan mereka tidak menyebarkan virus berkenaan.

Namun, menurut jurucakap pasangan tersebut, kedua-dua figura terbabit enggan memberi sebarang komen jika dihubungi pihak berita agensi tempatan.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.