Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Dah Bercucu Tapi Nampak Muda!

Diorang ni memang tak dimamah usia ke?
Editor
05 Jul 2018, 02:18 PM

Kredit: @nashelias/Instagram, @ladydidiemsia/Instagram & @iamrosyam/Intagram

Sejak tahun 90-an sehingga kini, kita sering melihat selebriti ini beraksi di pentas nyanyian dan lakonan. Pendek kata sejak era rambut menggerbang sehingga kini wajah mereka sering muncul di media. Siapa sangka artis yang kelihatan muda, sihat dan bertenaga ini rupanya sudah bergelar DATUK dan NENEK kepada cucu mereka.

#1 Amy Search

Phewit! Tengok gaya tak kalah orang muda walau rocker ni menginjak usia 60 tahun. Kalau orang tak kenal anaknya Nabila Huda, mesti ramai tak percaya Amy sudah mempunyai seorang cucu yang berusia 8 tahun, Keisha Laila.

Iyalah, Qaqa At-Tameemi anak bongsu Amy pun baru berusia 11 tahun, hampir sebaya cucunya. Selain Abil, dan Qaqa, Amy mempunyai 3 anak lain dari 3 perkahwinan iaitu Irisha Myra, Alexander Zulkarnain dan Sania Samara yang berusia antara 12 hingga 20 tahun.  

#2 Nash Lefthanded

 

A post shared by nashrudin (@nashelias) on

Pada Syurga Di Wajahmu, Ku Di Halaman Rindu dan Tiada Lagi Kidungmu... Antara lagu-lagu popular kumpulan Lefthanded dengan penyanyi utamanya Nash. Bapa tunggal 4 anak ini rupanya dah ada 4 orang cucu; Muhammad Khaleef Nasha, Kyra Rose Nasha, Muhammad Mikhael Nasha dan Ilyas Nasha.  Tapi steady je!

#3 Rosyam Nor

 

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

Masih terbayang style rambut menggerbang ketika berlakon dalam filem Gila-Gila Remaja.  Datuk Rosyam ni tak nampak dimamah usia. Dan aksinya di layar pun tak terkalah hero muda. Memang tak sangka dah ada dua cucu; Hanan Adraa dan Haura Ameena.

#4 Rusdi Ramli

 

A post shared by Norlia Ghani (@norliaghani) on

Siapa yang tak kenal dengan Rusdi Ramli? Kebelangan ini banyak membawakan watak bapa. Walaupun anak-anaknya dengan Sharon Paul baru berusia 9 dan 6 tahun, tetapi Rusdi Ramli sudah bercucu daripada Efiezal Ridza, anak daripada perkahwinan pertamanya.

#5 Mustapha Kamal

Abang Mus sudah 3 kali berkahwin dah mempunyai 10 orang anak iaitu Darul Amir Hazin , Darul Ali Hafiz, Darul Azam Harris, Dayang Aimi Shahira, Ayuna, Ayuni dan 4 anak bersama Susan Manen iaitu Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem, Salsabil Qur'ani dan Naqli Qaddiem. Dan jangan tidak percaya, Abang Mus sudah mempunyai 7 orang cucu.

#6 Didie Alias

Lady Gaga Malaysia ni baru sahaja bergelar #NannyD selepas kelahiran Muhammad Seth Shahriman, anak kepada Nur Dhaniyah pada 14 April 2018 yang lalu. Anak bongsu Didie Alias aru, Muhammad Dayyan baru sahaja meraikan ulangtahun ke 4 pada 27 Jun lalu.  

Ha, siapa kata jadi datuk dan nenek kena kelihatan tua? Selebriti tempatan ini telah membuktikan mereka mampu menjaga penampilan, aktif dan mampu beraksi seperti orang muda walaupun telah bercucu.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.