Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Mulut Ditutup Kain, Ditampar Dan Terajang, Ani Mayuni Tidak Dapat Tidur Terkenang Nasib Anak

14 Mar 2019, 04:46 PM

Hanya kerana tidak puas hati, anak gadis Ani Mayuni ditendang dan ditendang oleh sekumpulan senior. 

mulut ditutup kain, ditampar dan terajang, ani mayuni tidak dapat tidur terkenang nasib anak

“Saya tidak boleh tidur malam apabila mengenangkan keadaan anak yang ditutup mulut dengan kain dan ditampar serta disepak berulang kali oleh beberapa pelajar senior. Andai sesuatu buruk terjadi kepadanya pada malam kejadian, saya tidak akan maafkan mereka.

Ani Mayuni mengatakan dia mula menghidu sesuatu yang aneh apabila melihat anaknya sering mendiamkan diri namun selepas dipujuk, akhirnya anaknya menceritakan apa yang berlaku. Ujarnya lagi, seramai lapan orang pelajar senior terlibat dalam kes buli tersebut.

“Selepas beberapa kali memujuk berkongsi masalah yang dihadapi, barulah dia buka mulut. Dia memberitahu ada lapan pelajar senior mahu mengetahui mengapa ibu dan bapa saudaranya datang ke sekolah.

“Apabila dia enggan bercerita, pelajar senior itu mengugut mahu memukulnya. Takut dengan ugutan itu dia pun bercerita tetapi pelajar senior itu masih tidak berpuas hati dan mempercayainya. Mereka menendang dan menumbuk pinggang anak saya, menampar muka serta pukul dada.

“Luluh hati saya ketika melihat badan anak penuh dengan kesan lebam. Tergamak mereka buat begitu hanya kerana tidak puas hati,” katanya kepada Harian Metro.

“Apabila Wirda menangis kesakitan, mereka menutup mulutnya dengan kain. Sebagai ibu, saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaan dia ketika itu.

Ani Mayuni juga mengatakan dia sudah membuat laporan di Balai Polis Setapak dan mendapatkan laporan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur pada 3 Mac lalu. Doktor yang merawat anaknya mengesahkan ada lebam di badan dan pinggangnya mengalami kecederaan.

Kredit Rotikaya dan NSTP.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.