Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Besar Pahala Sediakan Juadah Sahur Dan Buka, Ebit Lew Seru Sama - Sama Bantu Isteri Dan Ibu

"Berebut-rebutlah siapkan juadah sahur dan berbuka buat seramai mungkin kerana Allah. Semoga"
Editor
03 May 2019, 11:48 AM

Tinggal lagi beberapa hari sahaja sebelum Ramadan menjelang. Alhamdullilah masih diberi kesempatan menyambut dan membuat amal pada bulan mulia ini.

Tempoh sebulan ramadan membuka pintu untuk kita mencari pahala dan membuat amal. Dari sekecil - kecil perkara boleh dikutip pahalanya dan salah satunya adalah menyediakan juadah untuk bersahur dan berbuka puasa.

Ini kami kongsikan nukilan daripada Ebit Lew untuk anda semua. 

besar pahala sediakan juadah sahur dan buka, ebit lew seru sama - sama bantu isteri dan ibu

Paling best balik jauh bila dapat masak untuk bidadari dan anak-anak. Walau jarang sangat. Dapat makan sama-sama. Bersepah dapur ayah masak. Anak-anak berlari makan dekat saya. Nikmatnya bila dapat beri masa bersama bidadari dan anak-anak. Suap bidadari dan anak-anak
.
Ramadhan berapa hari jer lagi indahnya jika kita bawa keluarga dekat pada Allah.Sejuk Ramadhan dah makin terasa. Bulan bahagia kasih sayang, belas kasihan, hati lembut, doa sangat makbul, dosa diampunkan. Solat awal waktu, tarawih,qiamulail,baca AlQuran, buat Talim. Kasihan semua mak-mak dah siap menu sepanjang Ramadhan demi suami dan anak-anak
.
Orang yang menyediakan sahur dan berbuka puasa teramatlah besar nilainya di sisi Allah. Kita dapat pahala macam orang yang berpuasa. Bergilir-gilirlah dan saling membantu dalam khidmat buat ahli keluarga dan juga orang lain. Jamu orang miskin dan anak yatim. Teringat Saidina Umar ra khalifah mulia bawa guni barang dapur dan masak untuk sebuah keluarga miskin tengah malam atas bukit dalam khemah. Hidupkan api sampai janggut dan wajahnya kena asap. Layan dan lihat anak mereka bermain. Katanya melihat anak ini tadi menangis lapar buat rasa sedih dan melihat mereka bermain kekenyangan buat rasa bahagia.
.
Ayuhlah kita bantu isteri atau anak-anak bantulah ibu. Sekali sekala buat giliran yang dewasa siapkan sahur dan berbuka. Atau sama-sama buat dengan kasih sayang dan cinta. Bulan penuh rahmat dan keampunan Allah. Orang yang paling untuk orang khidmat. Semua orang yang puasa, solat, baca al-Quran, zikir dan semua kebaikan mereka dapat pahala. Tetapi orang yang khidmat menyediakan sahur dan berbuka buat mereka paling besar pahala. Dia dapat kebaikan puasa dan semua amal ahli keluarga.

Berebut-rebutlah siapkan juadah sahur dan berbuka buat seramai mungkin kerana Allah. Semoga Allah sayang kita semua-ebitlew

#keluargasunnahTourOktober2019 #perbaikiDiri #terbukaPadaSemua

Sumber Facebook Ebit Lew.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.