Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Isteri John Travolta, Kelly Preston Meninggal Dunia Akibat Kanser

Berita sedih berkaitan aktres berusia 57 tahun ini dikongsikan oleh John Travolta sendiri di laman Instagram.
Editor
13 Jul 2020, 07:00 PM

Setelah hampir dua tahun bertarung nyawa dengan kanser payudara, isteri kepada pelakon Hollywood John Travolta, iaitu Kelly Preston meninggal dunia pada Ahad lalu.

Berita sedih berkaitan aktres berusia 57 tahun ini dikongsikan oleh John Travolta sendiri di laman Instagram.

isteri john travolta, kelly preston meninggal dunia akibat kanser

"Berat hati untuk memaklumkan kepada semua bahawa isteri saya, Kelly telah pergi selepas berjuang dua tahun dengan kanser payudara.

"Dia telah berjuang dengan penuh berani melawan penyakit ini bersama kasih sayang dan sokongan ramai," tulisnya pada kapsyen.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

It is with a very heavy heart that I inform you that my beautiful wife Kelly has lost her two-year battle with breast cancer. She fought a courageous fight with the love and support of so many. My family and I will forever be grateful to her doctors and nurses at MD Anderson Cancer Center, all the medical centers that have helped, as well as her many friends and loved ones who have been by her side. Kelly’s love and life will always be remembered. I will be taking some time to be there for my children who have lost their mother, so forgive me in advance if you don’t hear from us for a while. But please know that I will feel your outpouring of love in the weeks and months ahead as we heal. All my love, JT

A post shared by John Travolta (@johntravolta) on

Sementara itu, John meminta ruang peribadi dan memohon maaf kepada peminat kerana perlu memberikan fokus kepada anak-anak terlebih dahulu selepas pemergian isteri tercinta.

"Kelly akan terus dicintai dan diingati selalu. Saya akan mengambil beberapa tempoh untuk bersama dengan anak-anak yang kehilangan ibu mereka.

"Atas sebab itu, saya minta maaf sekiranya tidak mendengar khabar mengenai kami buat seketika, tetapi saya dapat rasai kasih sayang daripada anda semua," ujarnya.

isteri john travolta, kelly preston meninggal dunia akibat kanser

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga di Paris pada tahun 1991. Hasil perkahwinan selama 29 tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ella, 20, dan Benjamin, 9.

Bagaimanapun, anak lelakinya, Jett meninggal dunia pada 2009 pada usia 16 tahun. Kelly mempunyai perjalanan karier yang panjang dalam industri filem dan televisyen dan kebanyakannya digandingkan bersama suaminya.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.