Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

“Jangan Tuding Jari Pada Pasangan….” Cik Manggis Kongsi Pendapat Tentang Zuriat

Soalan yang selalu ditanya pasangan berkahwin, "bila nak ada anak".
Editor
24 Jul 2020, 10:00 AM

Penyanyi, pelakon dan penari, Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin menyuarakan pendapatnya mengenai pasangan yang sudah berkahwin tetapi belum dikurniakan zuriat, tidak perlu menyalahkan mana-mana pasangan termasuklah dirinya dan suami.

“jangan tuding jari pada pasangan….” cik manggis kongsi pendapat tentang zuriat

Menurut perkongsian Cik Manggis di Instagram, dia dan suami belum lagi dikurniakan zuriat tetapi tetap bersyukur dengan pemberian rezeki dapat meluangkan masa berdua-duaan.

Cik Manggis turut berkata, masa berduaan bersama suami merupakan rezeki juga. Sebaiknya jangan kita menunding jari mencari salah pasangan jika masih belum miliki zuriat. Malah, sebaiknya tawakkal dan usaha sama-sama.

“Tiada zuriat salah siapa?

“Bukan salah siapa-siapa okay. Jangan tuding jari pada pasangan sebaliknya tawakal dan usaha sama-sama.

“Jika masih belum dikurniakan rezeki anak, tetap syukur. Allah nak bagi kita dating lama-lama lagi la tu. Tu pun rezeki tu!

“Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik & bahagia dunia akhirat,” katanya.

Menerusi perkongsian itu turut memuat naik fotonya bersama Izzue yang difahamkan alami masalah yang sama.

Sebelum ini, Cik Manggis telah berkahwin dengan Syazmin Firdaus Aminuddin pada Oktober 2014, dan sehingga kini mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Cik Manggis kekal bergerak aktif dalam kerjaya nyanyian bersama De Fam sejak 2015, bersama dua rakannya iaitu Azira Shafinaz dan Sophia Liana.

Sumber: Gempak / Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.