Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Anak Dayangku Intan Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

Al-Fatihah
Editor
21 Feb 2020, 01:49 PM

anak dayangku intan meninggal dunia awal pagi tadiDunia hiburan dikejutkan lagi dengan berita duka, anak perempuan tunggal kepada penyanyi 1980-an, Dayangku Intan iaitu Wanku Intan Syarafana disahkan meninggal dunia awal pagi tadi pada pukul 6 pagi.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh suaminya, Rosman Yahil menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsaApp kepada rakan artis.

"Assalamualaikum. Saya Rosman Yahil beserta isteri Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid, ingin memaklumkan bahawa anak perempuan kesayangan kami iaitu Wanku intan Syarafana Rosman telah pulang ke rahmatullah pada 6 pagi hari ini.

"Insya-Allah, jenazah akan disempurnakan di Masjid Wilayah, Jalan Duta dan akan dikebumikan di Bukit Kiara," katanya.

Wanku Intan Syarafana merupakan puteri tunggal dan anak ketiga pasangan tersebut dilahirkan tanpa hempedu (biliary artresia) dan mempunyai parut di hati.

anak dayangku intan meninggal dunia awal pagi tadi

Sepanjang hayatnya, Wanku Intan terpaksa berulang alik ke hospital sejak kecil untuk menerima rawatan.

Wanku Intan menjalani pemindahan hati yang didermakan oleh adiknya, Wanku Mohd Ruknuddean di Hospital Selayang, awal Februari lalu.

Sebelum ini, penyanyi lagu Berpaut Di Dahan Cinta ini pernah mendermakan buah pinggangnya kepada suami tercinta, Rosman Yahil pada 28 September 2018.

Al-Fatihah Wanku Intan Syarafana.

Sumber: Harian Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.