Arsenal mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Perdana Inggeris.
Ini selepas The Gunners benam tuan rumah, Tottenham 4-1 pada aksi awal pagi tadi sekali gus berada lima mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester City.
Eberechi Eze dan Viktor Gyokeres masing-masing menjaringkan dua gol untuk Arsenal.
Aksi lain berkesudahan,
Alexis Mac Allister menjaringkan gol pada waktu kecederaan untuk bantu Liverpool menang 1-0 ke atas tuan rumah, Notingham Forest.
Crystal Palace menewaskan Wolves 1-0.
Dan Sunderland tewas 1-3 kepada Fulham.
.....
Barcelona benam Levante 3-0 untuk kembali duduki persada La Liga, 1 mata mengatasi pencabar terdekat, Real Madrid.
.....
Parma cipta kejutan apabila menewaskan tuan rumah, AC Milan 1-0 pada aksi Serie A.
.....
Dan beralih ke bola sepak tempatan, KL City raih kemenangan bergaya selepas belasah kelab Brunei, DPMM FC 4-0 pada aksi Liga Super.
Keputusan itu sekali gus membolehkan skuad The City Boys mendaki satu anak tangga untuk berada di kedudukan ketiga liga.
Aksi lain berkesudahan,
Chrigor Moraes menjaringkan gol pada hujung perlawanan untuk bantu Selangor menang 1-0 ke atas Kuching City.
Manakala JDT berpesta gol selepas benam tuan rumah, Sabah 6-1.