Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Speedy Tigers Muncul Naib Juara PSAS 2026

Hasrat skuad hoki lelaki untuk muncul juara Piala Sultan Azlan Shah 2026 tidak kesampaian.

Ini selepas skuad kebangsaan itu tewas 1-3 kepada Australia pada aksi final di Stadium Hoki Azlan Shah malam tadi sekali gus menutup kempen kali ini di tempat kedua.

Keputusan itu menyaksikan Australia mengesahkan kejuaraan kejohanan berkenaan sekali gus membuktikan kehebatan mereka selaku pasukan ketiga terbaik dunia.

.....

Dalam pada itu, skuad hoki wanita negara menutup kempen Trofi Juara-Juara Asia di tempat ke-4 selepas tewas 2-5 kepada jepun pada aksi penentuan tempat ke-3 dan ke-4.

.....

Beralih ke bola sepak tempatan, Terengganu bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan tuan rumah, Negeri Sembilan 2-1 pada aksi Liga Super semalam.

Dalam satu lagi aksi, Selangor menewaskan tuan rumah, Sabah 4-2 sekali gus naik ke tangga teratas liga dengan mengumpul 21 mata.

.....

Beregu campuran negara, Wee Yee Hern - Vannee Gobi mara ke final Kejohanan Badminton Antarabangsa di India selepas menewaskan wakil tuan rumah dengan straight set.

Ikuti secara langsung kejohanan berkenaan bermula 2.30 petang ini, di Astro saluran 815 dan aplikasi Sooka.

.....

Dan aksi EPL berkesudahan,

Manchester United dibelasah brentford 0-4,

Leeds menewaskan Coventry 3-0,

Dan Aston Villa seri 2-2 dengan tuan rumah, Ipswich Town.

SINAR Muzik Retro Terbaik