Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Piala Uber dan Piala Thomas bermula hari ini.
Skuad badminton wanita yang diketuai pemain beregu wanita nombor dua dunia, M. Thinaah dijadual bertemu dengan pasukan dari Turkiye.
Manakala skuad lelaki yang diketuai jaguh beregu lelaki negara, Aaron Chia akan membuat perhitungan dengan wakil dari England.
Ikuti secara langsung Piala Uber bermula 2.30 petang ini, di Astro saluran 815 dan aplikasi Sooka.
Manakala tonton secara langsung aksi Piala Thomas bermula 6.00 petang ini, di Astro saluran 816 dan aplikasi Sooka.
.....
Beralih ke bola sepak, skuad Bawah 16 tahun negara muncul naib juara Kejuaraan ASEAN Bawah 17 tahun selepas tewas 0-3 kepada Vietnam pada aksi final malam tadi.
.....
Kelantan The Real Warriors gagal manfaat kelebihan beraksi di laman sendiri selepas dibelasah 0-6 oleh Selangor pada aksi Liga Super.
.....
Dan Manchester City dalam misi buru kemenangan apabila berdepan Southampton pada aksi separuh akhir Piala FA Inggeris tengah malam ini.
Anda boleh saksikan perlawanan berkenaan secara langsung bermula 12.15 tengah malam ini, di Astro saluran 814 dan aplikasi Sooka.