Skip to main content

Advertisement

SUKAN| JDT Hampiri Final Piala FA

Juara bertahan, JDT selangkah ke final Piala FA. 

Ini selepas skuad Harimau Selatan itu menewaskan kelab Brunei, DPMM FC 2-0 pada aksi separuh akhir pertama malam tadi. 

Bergson da Silva dan Eddy Israfilov masing-masing menjaringkan satu gol untuk memastikan JDT bawa bekalan selesa pada aksi timbal balik nanti. 

Dalam satu lagi aksi, tuan rumah, Selangor bawa bekalan tipis untuk perlawanan timbal balik selepas menewaskan Kuching City 2-1. 

..... 

4 wakil negara akan meneruskan aksi pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Perancis hari ini. 

Ini termasuk dua beregu lelaki, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin dan Man Wei Chong – Tee Kai Wun serta beregu wanita, Pearly Tan – M. Thinaah. 

Ikuti secara langsung separuh akhir Terbuka Perancis bermula 3.30 petang ini, di Astro saluran 815 dan aplikasi Sooka. 

..... 

8 pasukan akan berentap pada aksi suku akhir STL Premier GP Perak hari ini. 

ATM Guardians berdepan Bomba Fighters, 

KL Thunder bertemu tuan rumah, Perak Bison, 

Negeri Sembilan Antlers berdepan Johor Tigris, 

Manakala PDRM Defenders bertemu Kelantan Warriors. 

Tonton secara langsung saingan STL Premier GP Perak bermula 2.30 petang ini di Astro Arena, saluran 801 dan aplikasi Sooka. 

..... 

Pemain squasy wanita negara, S. Sivasangari mara ke final sebuah kejohanan di Silicon Valley. 

..... 

Dan Ipswich Town seri 1-1 dengan Nottingham Forest pada aksi Liga Perdana Inggeris. 

SINAR Muzik Retro Terbaik