Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Jangan dibuai kemenangan – Nafuzi Zain

Jangan terlalu dibuai kemenangan!

 

Amaran itu dilaungkan pengendali Nafuzi Zain selepas anak buahnya berjaya benam Singapura 3-0 pada aksi Kumpulan B Kejuaraan Bawah 19 tahun Asean, malam tadi.

 

Bagaimanapun, Nafuzi akui skuad Harimau Malaya remaja mendapat suntikan terbaik menjelang baki dua perlawanan berdepan Brunei, Jumaat ini sebelum bertemu Thailand, Isnin depan.

 

Untuk rekod, Malaysia menghuni tangga kedua kumpulan, berkongsi tiga mata bersama Thailand yang belasah Brunie 9-0.

__

 

Pemain muda JDT, Alif Abdul Mutalib mengucapkan selamat tinggal selepas tujuh tahun bersama kelab itu.

 

Terdahulu, JDT umum tonggak utama Heberty Fernandes yang turut meninggalkan juara Liga Super 12 kali berturut-turut itu musim ini.

__

 

Dan, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing mengesahkan slot ke pusingan kedua saingan badminton Terbuka Indonesia.

 

Beregu campuran negara itu tundukkan pasangan tuan rumah dengan straight set.

 

Turut mara, beregu muda Kang Khai Xing-Aaron Tai susulan gandingan India menarik diri ketika beraksi pada set pertama.  

SINAR Muzik Retro Terbaik