
Kim Pan Gon optimis Selangor mempunyai peluang yang tinggi untuk mara ke final Piala Malaysia.
Ketua jurulatih skuad The Red Giants itu menyifatkan anak buahnya beraksi lebih baik berbanding Kuching City selepas seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama malam tadi.
Bagaimanapun, Pan Gon akui skuad kendaliannya masih perlu meningkatkan prestasi pada separuh akhir kedua di Kuching, 18 April nanti.
__
Sementara itu, Xisco Munoz tuntut JDT kekalkan momentum kemenangan apabila melayan kunjungan KL City pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, malam esok.
Pengendali skuad Harimau Selatan itu berkata biarpun anak buahnya kini berada dalam situasi selesa namun tegasnya ada beberapa aspek taktikal yang perlu diperkemaskan.
Untuk rekod, JDT benam KL City 4-0 pada aksi separuh akhir pertama di Cheras, Jumaat lalu.
__
Dan, kapten Manchester City, Bernardo Silva dilapor akan meninggalkan kelab itu apabila kontraknya berakhir hujung musim ini.
Untuk rekod, pemain Portugal itu pernah memenangi enam gelaran juara EPL dan satu trofi UCL.