Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Bruno Fernandes Kian Menyerlah

Bruno Fernandes dinobatkan Pemain Terbaik Bulanan EPL bagi Mac.

Kejayaan itu menyaksikan Fernandes menyamai pencapaian Cristiano Ronaldo dengan enam anugerah bulanan sepanjang kariernya di EPL.

Pemain tengah Portugal itu kini hanya perlukan satu lagi anugerah tersebut untuk menyamai rekod keseluruhan yang dipegang Harry Kane, Sergio Aguero dan Mohamed Salah.

.....

Liverpool dijadual berkunjung ke Etihad untuk aksi suku akhir Piala FA Inggeris berdepan Manchester City.

Ini merupakan perlawanan pertama The Reds sejak Mohamed Salah mengumumkan hasrat untuk meninggalkan kelab itu.

Ikuti secara langsung aksi berkenaan bermula 7.45 malam ini, di ASTRO saluran 810 dan aplikasi Sooka.

.....

PSG menang 3-1 ke atas Toulouse pada aksi Ligue Perancis dengan 2 gol dijaringkan oleh Ousmane Dembele.

.....

Dan beralih ke bola sepak tempatan, KL City tewas 0-4 kepada JDT pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia malam tadi.

SINAR Muzik Retro Terbaik