
Jangan terlalu bergantung kepada gandingan utama badminton negara!
Itu kata-kata Pengarah Kejurulatihan Beregu ABM yang menggesa semua pasangan beregu bangkit menjelang Kejohanan Badminton Asia, minggu hadapan.
Ujar Rexy Mainaky, selama ini Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan- M Thinaah serta Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sering menjadi sandaran utama, namun situasi itu perlu diubah.
Tegasnya lagi, barisan beregu pelapis perlu tampil dengan mentaliti lebih kuat dan berani memikul tanggungjawab untuk mencipta keputusan positif.
__
Tiada istilah gentar.
Itu nada tegas kem KL City menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia berdepan JDT, malam ini.
Tonggak import, Giancarlo Gallifuoco berkata biarpun berdepan pasukan paling dominan itu, pasukannya memilih untuk 'melawan' dengan disiplin tinggi dan cipta kejutan di laman sendiri.
Ikuti aksi antara KL City dan JDT secara langsung bermula 8:15 malam ini di Astro Arena Bola, saluran 803 dan aplikasi Sooka!
__
Dan, legenda olahraga para negara, Ridzuan Puzi menutup tirai karier gemilangnya selepas lebih sedekad mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Juara Sukan Paralimpik Rio 2016 itu sahkan persaraannya kelmarin, menandakan berakhirnya era seorang pelari pecut yang pernah cipta sejarah dalam sukan olahraga negara.