Skip to main content

Advertisement

SUKAN| JDT Berkunjung Ke Cheras Malam ini

JDT waspada ancaman KL City pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia malam ini.

Pengendalinya, Xisco Munoz menganggap pihak lawan berbahaya dan mampu menggugat peluang skuad Harimau Selatan untuk bawa bekalan selesa.

Tambahnya, setiap pemain perlu berusaha menjaringkan gol sebanyak mungkin dan kekal fokus susulan bermain di tempat lawan.

Ikuti secara langsung aksi berkenaan bermula 8.15 malam ini, di ASTRO saluran 803 dan aplikasi Sooka.

.....

Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan reformasi besar-besaran ke atas FAM bagi memastikan kedudukan Harimau Malaya dapat dipulihkan.

Pihaknya berkata penurunan ranking skuad negara ke tangga ke-138 dunia harus dijadikan titik tolak untuk reformasi menyeluruh bola sepak negara.

.....

Dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Itali letak jawatan berikutan skuad kebangsaan gagal layak ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.

Susulan itu, mesyuarat agung luar biasa akan diadakan pada Jun ini bagi memilih presiden baharu badan bola sepak negara berkenaan.

SINAR Muzik Retro Terbaik