Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Beri masa Harimau Malaya pulih - Cklamovski

 

Barisan pemain Harimau Malaya memerlukan proses pemulihan termasuk dari segi emosi selepas skuad negara terlepas tiket ke Piala Asia 2027. 

 

Ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski berkata demikian susulan skuad negara terpaksa berdepan detik menyedihkan biarpun merekodkan prestasi yang baik sepanjang kempen. 

 

Terdahulu, AFC membatalkan dua kemenangan Harimau Malaya susulan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain sekali gus menyaksikan Malaysia gagal layak ke Piala Asia 2027. 

__

 

Peminat badminton tempatan kini boleh dapatkan tiket kejohanan Masters Malaysia secara dalam talian hari ini. 

 

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh jangkakan kejohanan kali ini mendapat sambutan hangat susulan kehadiran pemain terbaik dunia. 

 

Antara pemain yang bakal beraksi ialah juara bertahan beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun selain juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei. 

 

Turut mencuri perhatian adalah beregu lelaki no 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah. 

 

Kejohanan bertaraf Super 500 itu akan berlangsung di Bukit Jalil dari 19 hingga 24 Mei depan. 

__ 

 

Dan, beregu lelaki badminton negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi sah berpisah selepas lebih sedekad. 

 

Ini selepas Ee Yi bakal sertai kejohanan Terbuka Thailand bersama gandingan baharu, Chia Wei Jie. 

 

Satu lagi gandingan, beregu campuran, Jimmy Wong-Lai Pei Jing turut disahkan berpisah.

SINAR Muzik Retro Terbaik