Negeri Sembilan FC akan melakukan penilaian terhadap prestasi pemain sebagai persiapan menghadapi Liga Super musim depan.
Pihaknya sudah mengarahkan pegawai pengurusan kelab itu termasuk jurulatih untuk menilai tahap sumbangan pemain yang diberikan kepada pasukan.
Ketika ini, Negeri Sembilan berada di tangga ke-6 liga dengan 22 mata hasil 5 kemenangan, 7 seri dan 7 tewas selepas 19 perlawanan musim ini.
.....
Persatuan Bola Jaring Malaysia menjadikan Liga Super Bola Jaring Kebangsaan sebagai platform utama untuk mengenal pasti bakat bagi skuad Sukan SEA 2027.
Presidennya berkata pemilihan dibuat secara telus tanpa pilih kasih dengan senarai pemain akan disaring ke skuad akhir.
Tambahnya, NSL musim ini turut menampilkan pembaharuan termasuk aksi pramusim bagi meningkatkan kualiti permainan dan pendedahan kepada pemain.
.....
Akhir sekali, Kedah komited memperkasakan pembangunan sukan tenis dalam kalangan remaja sebagai usaha melahirkan lebih ramai bakat berpotensi ke peringkat lebih tinggi.
Pihaknya berkata penganjuran kejohanan sukan itu merupakan platform terbaik dalam mencungkil dan menggilap bakat baharu di negeri itu.