Start Date
End Date
Postcode
40150
Personal email
syazlyananana@gmail.con
Company Email
2022947163@student.uitm.edu.my
Contact number
01111904029
Display Contact Details
On
Description
CR8ATiVA diadakan buat julung kalinya sebagai satu langkah drastik ke arah pemikiran holistik para pelajar. Himpunan pelbagai sub-acara dalam satu program dapat memberi peluang serta memupuk kerjasama setiap kumpulan pelajar yang terlibat demi menjayakan CR8ATiVA. Acara ini akan berlangsung pada 10 hingga 13 Januari 2024 (Rabu hingga Sabtu) bertempat di Tingkat 2, Bangunan Akademik, UiTM Kampus Puncak Perdana dan acara akan bermula pada jam 11 pagi hingga 11 malam. Himpunan 7 sub-acara yang akan dikendalikan di bawah satu program termasuklah Wacana Saloma, Malaysian Writers in Conversation: A Multi-Cultural Perspective, Clash of Talents, R.E.A.D., Wacana Sinema Malaysia: FFM dari Perspektif Pemain Industri, Mobile Legends: Bang Bang dan acara terakhir iaitu Malam Puisi Lagu dan Kopi. Objektif utama CR8ATiVA adalah untuk mewujudkan jaringan sinergi antara para pelajar dan para pensyarah di bawah Kolej Pengajian Seni Kreatif selain daripada mewujudkan kolaborasi bersama pihak industri. Setiap sub-acara ini juga akan dipromosikan melalui platform media sosial Pengurusan Seni Liberal dan juga pengurus acara iaitu Produksi Mandala.
Untuk rekod, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) akan terus berusaha dalam memastikan penghasilan graduan seimbang yang kompetitif di peringkat nasional dan global serta memperkasa jaringan strategik dengan alumni dan industri, seterusnya dapat menyerlahkan potensi pelajar, tenaga kerja dan mampu bersaing di masa hadapan.
Kemahiran insaniah seumpama ini adalah satu esensi bagi pelajar Pengajian Seni Liberal agar bakat mereka diasah dengan sebaiknya dalam memastikan kelestarian kualiti graduan KPSK, sejajar dengan Pelan Strategik UiTM 2025 ke arah Globally Renowned University 2025.
Untuk maklumat lanjut berkenaan CR8ATiVA, boleh hubungi Nur Syazlyana, Ketua Pemasaran di talian 011 1190 4029 atau rujuk laman media sosial rasmi Instagram @mandalaproduction23
Target Audience
general_audience
Infozone Category
State
Days
Wednesday
Thursday
Friday
Saturday
Website
https://cr8ativapresskit.my.canva.site/
Venue
Tingkat 2, Bangunan Akademik, UiTM Kampus Puncak Perdana
Ticket admission
PERCUMA