
Kementerian Pendidikan memulakan siasatan dalaman kejadian kemalangan yang meragut nyawa seorang murid perempuan di sebuah sekolah di Kelantan, semalam.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata siasatan itu bagi meneliti pematuhan setiap SOP berkaitan, selain kejadian juga sedang disiasat pihak berkuasa.
Tambahnya, Jabatan Pendidikan Negeri juga sedang menguruskan bantuan terbaik kepada keluarga mangsa.
__
Kerajaan akan terus pantau rapi pergerakan pelayaran Global Sumud Flotila 2.0 khasnya melibatkan aktivis dari Malaysia, yang mula berlayar dari Barcelona semalam.
Menteri Besar Selangor berkata langkah itu penting bagi memastikan keselamatan para peserta yang menyertai misi kemanusiaan menuju ke Gaza itu sentiasa terjamin.
__
Dan, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengarahkan Tentera Laut negara itu sekat mana-mana kapal yang cuba memasuki atau keluar dari Selat Hormuz serta-merta.
Beliau turut mengarahkan Tentera Laut AS untuk kesan dan tahan setiap kapal di perairan antarabangsa yang telah membayar tol kepada Iran.
Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran berakhir tanpa sebarang persetujuan.