Skip to main content
BERITA| Tidak perlu berpusu-pusu tukar MyKad baharu pada 1 Jun - Saifuddin

Rakyat Malaysia tidak perlu tergesa-gesa menukar MyKad lama kepada MyKad baharu sebaik kad pengenalan versi terkini diperkenalkan bermula 1 Jun ini.

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan tiada peruntukan yang mewajibkan pemegang MyKad sedia ada menukar kad mereka dalam tempoh tertentu.

 

Menurutnya, MyKad lama masih sah digunakan manakala golongan capai umur 12 tahun yang buat permohonan selepas pelaksanaan sistem baharu akan terima MyKad versi terkini secara automatik.

__

 

Malaysia cadang agar ASEAN mewujudkan mekanisme simpanan makanan kecemasan serantau bagi memperkukuh jaminan bekalan makanan.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata krisis tenaga yang berlaku ketika ini memberi kesan langsung kepada sekotor makanan di rantau ASEAN.

 

Cadangan itu dilihat sebagai antara usaha Malaysia untuk memperkukuh daya tahan ASEAN dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi dan gangguan rantaian bekalan global.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 di Cebu, Filipina hari ini.

__

 

Dan, dua suspek kes pelajar kolej ditemui maut dengan 61 kesan tikaman di Ketereh, Jumaat lalu disambung reman tujuh hari lagi.

 

Ia bagi membolehkan polis jalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

 

Terdahulu, polis menahan reman empat individu termasuk dua warga emas yang juga ibu bapa kepada salah seorang suspek sebelum pasangan itu dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin. 

SINAR Muzik Retro Terbaik