Kerajaan jamin tiada mana-mana fasiliti kesihatan ditutup di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ini termasuk Hospital Segamat yang sebelum ini didakwa akan ditutup mulai 1 Julai depan.
Tambah beliau, isu yang berlaku di hospital itu ditangani melalui pengaktifan pengurusan krisis kluster bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas.
Terdahulu, Pengarah Kesihatan Johor nafi dakwaan tular kononnya Hospital Segamat akan ditutup dan menegaskan hospital itu masih beroperasi seperti biasa.
.....
Dalam pada itu, KKM mempertingkat langkah kawalan termasuk saringan bersasar terhadap warga asing susulan pengesanan 17 kes malaria di Terengganu.
Pihaknya berkata pelbagai langkah turut dilaksanakan termasuk pengesanan kes secara aktif dan pengawasan lapangan bagi memutuskan rantaian jangkitan.
.....
Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 650,000 pelajar mengikuti TVET di lebih 1,300 institusi seluruh negara menjelang hujung tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sasaran itu meningkat berbanding kira-kira 587,000 pelajar yang direkodkan tahun lalu.
.....
Polis Putrajaya menjalankan siasatan berhubung individu yang didakwa berasal dari Myanmar dan memiliki MyKad seperti video tular di media sosial.
.....
Dan hampir 300,000 pelancong Malaysia mengunjungi selatan Thailand sepanjang cuti Aidiladha dan cuti persekolahan dari 27 Mei hingga 4 Jun lalu.