Skip to main content
BERITA| TH Tidak Iktiraf Mana-Mana Pengendali Badal Haji

Lembaga Tabung Haji tidak pernah memberikan pengiktirafan atau sokongan rasmi kepada mana-mana pengendali perkhidmatan badal haji.

Pihaknya menegaskan dakwaan oleh mana-mana pihak di media sosial adalah tidak benar dan boleh mengelirukan masyarakat di negara ini.

Orang ramai diminta menyemak kesahihan setiap dakwaan melalui saluran rasmi Tabung Haji dan pihaknya akan mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan nama dan logonya.

Terdahulu pihaknya menerima beberapa aduan mengenai tawaran badal haji yang didakwa mengaitkan perkhidmatan berkenaan dengan Tabung Haji di media sosial.

.....

Sembilan jajahan di Kelantan diramal berkemungkinan dilanda banjir sehingga Rabu ini susulan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan MetMalaysia.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara gesa penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh ramalan banjir.

.....

Dalam perkembangan lain, kira-kira 400 mangsa banjir direkodkan di Perak melibatkan daerah Hilir Perak ketika ini.

Manakala kira-kira 200 mangsa banjir sedang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara di Kuala Selangor dan Shah Alam di Selangor.

.....

Dan polis menahan hampir 200 remaja dan seorang pengurus premis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan tanpa lesen di ibu negara baru-baru ini.

SINAR Muzik Retro Terbaik